CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 525|Reply: 0

[Sarawak] Polis Miri lancar program ‘Kamek Sayang Kitak,’ tingkat kesedaran banteras jenayah

[Copy link]
Post time 26-4-2022 11:16 PM | Show all posts |Read mode


Alexson menyerahkan risalah cegah jenayah dan barangan cenderahati sumbangan Stesen Petronas Jalan Bintang kepada orang awam. Turut kelihatan (dari kiri) Michelle, Saldina dan Noraizan.

MIRI: Petronas Jalan Bintang dengan kerjasama Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri hari ini melancarkan program ‘Kamek Sayang Kitak’ bertujuan meningkatkan kesedaran membanteras jenayah.


Program berkenaan dilancarkan oleh Ketua Polis Daerah (KPD) ACP Alexson Naga Chabu di stesen minyak di Jalan Bintang.
Alexson berkata, program itu bertujuan mendekati masyarakat, sekali gus memberi peluang kepada syarikat pengusaha stesen minyak untuk menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Sempena program ini, kita mengedarkan barangan cenderahati daripada pengurusan stesen minyak, selain risalah pencegahan jenayah harta benda dan jenayah ‘scam.’

“Selain itu, memberi nasihati kepada penguna jalan raya agar berhati-hati di jalanan raya, sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya termasuk memakai tali pinggang keledar dan helmet dan tidak menggunakan telefon semasa memandu terutama semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya kepada media, hari ini.

Katanya, PDRM turut berkongsi maklumat dan pencegahan jenayah jalanan, jenayah harta benda, jenayah siber yang sering berlaku ketika ini.

“Kita juga menubuhkan Go-To-Safety-Point (GTSP) untuk memberi pilihan kepada orang ramai mendapatkan bantuan keselamatan semasa berada dalam kecemasan.
“Ia sekaligus melahirkan kesedaran di kalangan rakyat bahawa keselamatan adalah tanggungjawab bersama,” ujar Alexson.

Hadir sama Pengurus Wilayah Stesen Petronas di Miri, Bintulu dan Limbang Michelle Ting, Pengurus Stesen Rakan Niaga Petronas Stesen Jalan Bintang Saldina Abdul Sallam dan Ketua Bahagian JPJKK DSP Noraizan Mohd Jamil.


utusanborneo.com.my/2022/04/25
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.041565 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list