CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 462|Reply: 0

[Sarawak] Mansuh atau tidak senarai negatif MKN diketahui esok

[Copy link]
Post time 27-4-2022 09:07 PM | Show all posts |Read mode


"Saya akan membentangkannya ke Kabinet (negeri) esok. Kita akan buat pengumuman tengah hari."
Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Timbalan Premier Sarawak

KUCHING: Kabinet negeri dijangka memutuskan sama ada Sarawak akan membenarkan senarai yang dilarang sebelum ini oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bermula 15 Mei depan, esok.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas apabila ditanya sama ada Sarawak akan mengambil langkah sama diambil kerajaan persekutuan iaitu melonggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 bermula 1 Mei.

Uggah yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata beliau akan membentangkan permohonan untuk melaksanakan SOP dan protokol terkini COVID-19 diperkenalkan MKN kepada Kabinet negeri disusuli satu pengumuman berhubung perkara itu akan diumumkan tengah hari esok.

"Saya akan membentangkannya ke Kabinet (negeri) esok. Kita akan buat pengumuman tengah hari," katanya ketika dihubungi The Borneo Post hari ini.

Terdahulu Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam satu pengumuman memaklumkan kelab malam dibenarkan beroperasi semula selepas ia disenarai sebagai aktiviti dilarang oleh MKN sejak pandemik COVID-19 negara Mac 2020 bermula 15 Mei ini begitu juga semua sektor ekonomi.

Berdasarkan infografik dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam akaun Facebooknya, SOP terbaharu akan dikuatkuasakan antara lain ialah  pemakaian pelitup muka adalah pilihan apabila berada di luar bangunan dan kawasan terbuka tetapi digalakkan di kawasan sesak.

Individu berisiko tinggi juga digalakkan memakai pelitup muka bagaimanapun pemakaiannya diwajibkan di dalam bangunan termasuk pengangkutan awam serta kenderaan e-hailing.

Penjarakan fizikal juga tidak diperlukan namun digalakkan dalam keadaan tidak memakai pelitup muka.

Di bawah SOP baharu ini juga daftar masuk (check-in) dimansuhkan dan kemasukan ke premis dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi kecuali mereka yang berstatus  'Berisiko Tinggi' atau di bawah HSO (Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah).

Secara amnya, kes positif COVID-19 dikehendaki menjalani kuarantin selama tujuh hari bagaimanapun di bawah Ujian dan Pelepasan, mereka akan mempunyai pilihan untuk menjalani ujian RTK-Ag yang diselia pengamal perubatan pada hari keempat, jika negatif mereka boleh menamatkan kuarantin.


utusanborneo.com.my/2022/04/27
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.527930 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list