View: 459|Reply: 0
|
[Sarawak]
Gagal tunjuk kad pengenalan kepada polis, lelaki didenda RM1,800
[Copy link]
|
|
Edited by Vellfire at 27-4-2022 01:15 PM

MIRI: Gara-gara gagal mengemukakan kad pengenalan ketika diperiksa pegawai polis, seorang lelaki didenda RM1,800 atau tiga bulan penjara.
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Leona Dominic Mojiliu setelah Agus Paulus Tulung Daun, 38, dari Lubok Nibong, Marudi, mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapnya mengikut Peraturan 25 (1) (N) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan dihukum di bawah Peraturan 25 (1) peraturan sama.
Sekiranya sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda maksimum RM20,000.
Menurut keterangan kes, tertuduh bukan sebagai orang yang dikecualikan sepertimana Peraturan 27 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, didapati telah gagal mengemukakan kad pengenalannya apabila diminta pegawai polis berbuat demikian untuk tujuan pemeriksaan.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 8 malam, 12 Mac lalu di tepi jalan Pujut Corner di sini.
Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.
utusanborneo.com.my/2022/04/27
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|