CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 429|Reply: 1

[Kelantan] Baju raya terakhir anak pengubat rindu

[Copy link]
Post time 28-4-2022 01:45 PM | Show all posts |Read mode

CHE Minah memegang baju Melayu milik arwah anaknya. FOTO Paya Linda Yahya

Gua Musang: Sejak lima tahun lalu, rasa rindu warga emas, terhadap anak lelakinya, yang lemas di Sungai Nenggiri, dekat sini tidak pernah padam.

Lebih memeritkan apabila jasad Adnan Che Soh, 29, anak bongsu daripada lapan beradik yang dihanyutkan arus sungai sehingga kini belum ditemui.

Menyelami hati wanita itu, Che Minah Yaakob, 70, berkata, rasa rindu terhadap anak lelakinya tidak pernah padam terutama menjelang Aidilfitri ketika semua ahli keluarga berkumpul.

"Kehilangan arwah sangat dirasai, tambahan pula arwah adalah anak bongsu dan sentiasa ada bersama saya. Bila teringatkan arwah saya akan menangis dan sedekahkan al-Fatihah untuk rohnya.

"Sehingga kini, saya masih simpan baju raya terakhir arwah, bila rindukan dia saya akan pegang baju ini, terasa seakan arwah masih ada bersama.

"Apa lagi yang mampu saya buat, arwah tiada kubur untuk diziarahi, kerana mayatnya tidak ditemui selepas dua minggu operasi mencari dan menyelamat. Namun saya reda," katanya ketika ditemui di rumahnya, di Kampung Prak di sini.

Mengimbas kembali kejadian pada 27 Januari 2017, Che Minah berkata, seorang penduduk kampung memaklumkan anak lelakinya terjatuh dari atas jambatan sementara Kampung Pulau Setelu.

"Ketika kejadian saya berada di kebun belakang rumah, sebelum ke kebun dia masih berada di rumah, sebaik menerima berita saya terus ke lokasi kejadian dan hanya selipar arwah yang tinggal, manakala motosikalnya ditemui tersangkut pada besi jambatan.

"Selepas dua minggu operasi mencari dan menyelamat, arwah tidak juga ditemui, namun saya berpuashati kerana pelbagai usaha dilakukan oleh pihak terbabit. Saya anggap ini takdir," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... anak-pengubat-rindu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2022 02:27 PM | Show all posts
entah-entah hanyut sampai hujung sungai orang asli jumpa tapi dia hilang ingatan..
gitu cerita novel remaja i baca dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.035701 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list