CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 667|Reply: 2

[Sarawak] Orang ramai dipelawa hadiri rumah terbuka Tun Taib dan isteri pada Hari Raya pertama

[Copy link]
Post time 30-4-2022 10:03 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Orang ramai berpeluang untuk menghadiri rumah terbuka yang diadakan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib pada hari pertama, Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Rumah terbuka itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) bermula jam 11 pagi hingga 1 petang dan 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Pada hari berkenaan, Abdul Taib dan isteri akan menerima tetamu dari kalangan menteri-menteri kabinet, ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, ahli kenamaan yang lain, ketua-ketua jabatan kerajaan, sektor swasta dan orang ramai.

Orang ramai yang mengunjungi rumah terbuka itu nanti diingatkan agar berpakaian kemas dan sopan.

Justeru, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma, Tun Taib dan isteri mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam di Sarawak.


utusanborneo.com.my/2022/04/29
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2022 07:38 AM | Show all posts
tahniah.....pemerintah tertinggi pun x bukak rumah lg TYT nie dh siap2 hantar jemputan bukak rumah...
sungguh terharu sgt2 pemimpin pro rakyat nie............moga pjg umur murah rezeki.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2022 07:38 AM | Show all posts
errr raya bila turrrrrrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.563506 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list