CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 481|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak juga tak wajib guna pelitup muka di tempat terbuka, daftar masuk MySejahtera

[Copy link]
Post time 30-4-2022 10:12 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sarawak akan menggunapakai ketetapan serta protokol baharu langkah-langkah kawalan serta pencegahan COVID-19 seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkuat kuasa 1 Mei ini.

Ini bermakna pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di luar bangunan dan kawasan terbuka bagi negeri ini seperti ditetapkan KKM.  

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata perkara ini telah dipersetujui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) selaras dengan pengumuman dibuat Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin semalam.

Semalam, Khairy mengumumkan bahawa imbasan kod QR menggunakan aplikasi MySejahtera sebagai prosedur operasi standard (SOP) daftar masuk ke premis tidak lagi diwajibkan berkuat kuasa 1 Mei .

Bagaimanapun, beliau berkata pengurusan premis hendaklah menyemak status risiko individu yang akan memasuki premis untuk memastikan mereka dengan status ‘High Risk’ iaitu kes positif COVID-19 dan yang diberi arahan Perintah Pengawasan dan Pemantauan (HSO) tidak dibenarkan masuk ke premis tersebut.

Pada sama sama Khairy berkata kemasukan individu ke mana-mana premis adalah dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi mereka.

“Mereka yang positif COVID-19 walaupun mempunyai status vaksinasi lengkap masih tidak dibenarkan masuk ke premis.

“Ini termasuk individu dalam tempoh HSO termasuk pengembara tanpa vaksinasi lengkap yang baru tiba di Malaysia tidak dibenarkan masuk ke premis,” katanya yang turut meminta orang ramai mengaktifkan fungsi MySJ Trace untuk tujuan pengesanan kontak.

Dalam perkembangan lain, JPBNS berkata laporan mingguan kes COVID-19 hanya akan dikeluarkan pada setiap hari Isnin mulai 1 Mei ini.

Ujar JPBNS lagi, keputusan terbaharu ini dibuat selepas meneliti situasi COVID-19 di Sarawak ketika ini dan melakukan semakan semula ke atas langkah-langkah kawalan serta pencegahan COVID-19 yang akan dilaksanakan di Sarawak semasa dalam Fasa Peralihan ke Endemik ini.

Berdasarkan penelitian situasi terkini COVID-19 di Sarawak didapati kadar vaksinasi yang tinggi dalam populasi dewasa dimana 91 peratus telah lengkap vaksinasi dan 75 peratus telah menerima dos penggalak.

Selain itu kadar kemasukan kes COVID-19 ke hospital dan penggunaan wad rawatan rapi juga didapati semakin berkurangan.

Malah katanya pil Paxlovid Antiviral dan kit ujian kendiri COVID-19 kini boleh didapati di Sarawak dan pasaran serta persediaan Hospital Medan (Hospital Sementara) di Sibu, Miri dan Kuching sekiranya berlaku kenaikan kes COVID-19.

JPBNS bagaimanapun menasihatkan orang ramai agar tidak leka dan terus kekal waspada dan pastikan saranan dan nasihat kesihatan diamalkan pada setiap masa.

Mengenai kes harian COVID-19, hari ini sebanyak 97 kes baharu direkodkan di Sarawak menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 kini 305,180.

Daripada jumlah kes baharu ini katanya, 38 kes adalah kategori satu dan 59 kes kategori dua.

Kuching merekodkan 36 kes diikuti Bintulu (15), Miri (13), Sibu (12), Samarahan (4), Serian (3) dan masing-masing dua kes di Subis, Meradong, Kapit dan Lundu.

Enam daerah iaitu Sarikei, Simunjan, Kanowit, Lubok Antu, Tatau dan Saratok masing-masing merekodkan satu kes dan sifar kes di lain-lain daerah.

Tiada kes kematian dan kluster baharu dilaporkan dengan jumlah kluster aktif kekal sifar setakat ini.

Dalam pada itu polis Sarawak mengeluarkan 14 notis kompaun di Kuching atas kesalahan gagal mendaftar masuk ke dalam premis melalui aplikasi MySejahtera.


utusanborneo.com.my/2022/04/28
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.041675 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list