CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 718|Reply: 0

[Sarawak] Abg Jo ucap terima kasih kepada semua ahli PBB

[Copy link]
Post time 2-5-2022 04:42 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari ditemui pemberita di BCCK hari ini.

Abg Jo ucap terima kasih kepada semua ahli PBB atas sokongan untuk terus terajui parti

KUCHING: Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berterima kasih atas keyakinan semua ahli parti untuk beliau mempertahankan jawatan tertinggi parti itu.

Selain jawatan presiden, dua jawatan bagi timbalan presiden juga tidak akan dipertandingkan dengan penyandang sedia ada Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan masing-masing dikekalkan.

“Terima kasih banyak-banyak atas kepercayaan mereka (ahli PBB) kepada saya begitu juga dengan dua timbalan presiden.

“Ini menunjukkan pertama keyakinan dan kedua ahli PBB mahukan parti yang sangat stabil kerana seperti yang anda tahu, kami (PBB) bersama dengan parti komponen mentabdir negeri dan negeri mesti ada kerajaan yang memandang ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Pertama Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini hari ini.

Dalam pada itu PBB dijadual mengadakan Perhimpunan Agung Tritahunan (TDC) Ke-15 selama tiga hari pada Jun depan di BCCK.

Bagi memberi laluan kepada TDC tersebut, semua cawangan PBB perlu mengadakan mesyuarat perwakilan yang mana berjalan dengan lancar dan hampir selesai.


utusanborneo.com.my/2022/05/02


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.155404 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list