CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 672|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan GPS buktikan anak Sarawak mampu urus negeri dengan baik

[Copy link]
Post time 2-5-2022 04:45 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah membuktikan anak Sarawak sendiri mampu mengurus negeri ini dengan baik, khususnya ketika negeri berhadapan dengan pandemik COVID-19.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak telah menangani penularan virus dengan baik menerusi pelaksanaan program pemberian vaksin dengan berkesanan meliputi orang dewasa dan juga kanak-kanak.

Menurutnya, ekoran program vaksinasi yang agak menyeluruh, penularan COVID-19 di Sarawak mampu dikawal dengan baik jika dibanding dengan kawasan-kawasan lain.

"Di samping itu, Kerajaan Sarawak di bawah GPS terbukti mampu memberi bantuan dalam waktu pandemik untuk meringankan beban kewangan rakyat di negeri ini.

"Sarawak adalah satu-satunya negeri yang telah memberi bantuan yang agak besar berjumlah RM5 bilion untuk rakyatnya," katanya menerusi satu kenyataan sempena Hari Raya Aidilfitri 2022 bersamaan 1443H.

Katanya, pada 2020 dan 2021 orang Islam telah merayakan hari Hari Raya Aidilfitri dalam keadaan yang sukar ketika penularan COVID-19 berleluasa, namun rakyat sentiasa tabah menghadapinya.

"Saya percaya cabaran yang dihadapi dengan kekuatan iman tidak pernah melemahkan iltizam kita untuk meraih keampunan dan rahmat dalam bulan Ramadan," ujarnya.

Sehubungan itu, sempena dengan hari yang mulia ini, beliau dan isteri, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang serta keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh kaum Muslimin dan Muslimat, khususnya anak Sarawak di mana sahaja berada.

Menurutnya lagi, setelah sebulan berpuasa orang ramai meraikan kemenangan dengan rasa syukur atas nikmat kesabaran menunaikan ibadah puasa bersama-sama umat Islam di seluruh dunia.

Katanya, beliau berharap seluruh rakyat di negeri ini yang hidup dalam kepelbagaian bangsa, keturunan, agama dan kecenderungan politik, khususnya kaum Muslimin untuk terus mengukuhkan budaya hormat-menghormati antara satu sama lain.

"Selepas dua tahun tidak mengadakan rumah terbuka Aidilfitri, saya dan isteri, Datuk Amar Hajah Juma’ani akan mengadakan satu hari rumah terbukdi Hotel Pullman di Kuching pada hari kedua Hari Raya Aidilfitri," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/05/02
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.368504 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list