CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 518|Reply: 0

[Sarawak] Rumah terbakar menjelang Aidilfitri di Matu, mujur tidak berpenghuni

[Copy link]
Post time 2-5-2022 04:49 PM | Show all posts |Read mode


Rumah tersebut musnah dalam kebakaran yang berlaku pada Sabtu.

MUKAH: Dua buah rumah terbakar menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Pergau, Matu, malam Sabtu.

Bagaimanapun, menurut Pasukan Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, dalam kejadian sekitar 10.06 malam itu, rumah tersebut dikatakan tidak berpenghuni ketika kejadian kerana sedang bertugas di luar kawasan.

"Kebakaran melibatkan dua buah rumah jenis tidak kekal," menurut laporan berkenaan.

Rumah pertama terbakar 100 peratus manakala rumah kedua terbakar 40 peratus.

Bomba menggunakan kaedah satu aliran 200 kaki dua nozel menggunakan pam angkut serta sumber air terbuka di sungai.

Operasi terkawal sepenuhnya sekitar 10.41 malam.

Melalui temu bual daripada orang kampung, pemilik rumah tersebut sudah meninggal dunia.

Anak tuan rumah pula sekarang bekerja di Bintulu dan difahamkan hanya balik pada Raya ketiga nanti.


utusanborneo.com.my/2022/05/01

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.043734 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list