CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 584|Reply: 0

[Sarawak] Amal pendekatan 3P, elak sindrom 3L ketika Hari Raya

[Copy link]
Post time 2-5-2022 04:50 PM | Show all posts |Read mode


Ahmad Nizam (dua kiri) dan Cindy (kanan) menyerahkan beg cenderahati dan risalah keselamatan kebakaran kepada salah seorang pelanggan di stesen minyak tersebut.

MIRI: Orang ramai dinasihatkan supaya lebih peka dan mengelakkan sindrom 3L iaitu Lupa, Lalai dan Leka terutamanya pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Nizam Sapaiee berkata, mereka seharusnya mengamalkan pendekatan 3P iaitu Pencegahan, Pengawasan dan Perlindungan bagi memastikan mereka sentiasa selamat.

“Jadikan musim cuti perayaan ini sebagai kenangan yang menggembirakan dengan mengelak sindrom 3L dan sentiasa amalkan pendekatan 3P,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program ‘Coffee Break’ di stesen minyak Petronas Lambir Morsjaya di sini semalam.

Acara pemberian kopi percuma yang diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri itu dianjurkan bersama Petronas Lambir Morsjaya dan JBPM Zon 6 Miri.

Pengurus stesen Petronas Lambir Morsjaya, Cindy Ling berkata, acara yang sedang berlangsung di stesen minyak Petronas di seluruh negara itu kini memasuki tahun ke-25.

“Program ini bertujuan untuk menekankan kepentingan keselamatan jalan raya kepada pengguna jalan raya dan pemandu.

“Kami mengedarkan beg cenderahati yang mengandungi minuman dan makanan ringan sepanjang program ini dengan harapan pelanggan kami akan berasa gembira setiap kali mengisi minyak atau berehat di stesen minyak Petronas.


“Program hari ini dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Nizam dan pasukan bombanya yang berada di sini untuk menjalankan kempen keselamatan kebakaran mereka, yang juga sangat relevan untuk stesen minyak,” katanya.

Dalam program itu, pengguna jalan raya yang mengisi minyak atau berehat di stesen minyak diedarkan beg cenderahati dan bubur lambuk, selain risalah keselamatan kebakaran.

Program ‘Coffee Break’ akan berlangsung selama empat hari pada 30 April, 1 Mei, 7 Mei dan 8 Mei.


utusanborneo.com.my/2022/05/01
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.129551 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list