
BINTANGOR: Seorang lelaki berusia 35 tahun ditemui mati di dalam sebuah rumah di Kampung Malaysia, dekat sini, awal pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Bintangor, DSP Sekam Anoi berkata, pihak polis telah menerima panggilan telefon daripada pihak Klinik Kesihatan Bintangor yang memaklumkan ada seorang lelaki ditemui pengsan di sebuah rumah kampung tersebut.
"Sejurus menerima panggilan tersebut, beberapa orang anggota polis telah dikerahkan ke rumah mangsa. Dalam masa yang sama juga, pihak pegawai perubatan yang turut berada di lokasi kejadian telah melakukan pemeriksaan terhadap mangsa dan mendapati mangsa telah meninggal dunia.
"Berikutan itu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sarikei untuk swab test dan bedah siasat dilakukan ke atas mangsa," kata Sekam dalam kenyataan kepada media hari ini.
Menurut Sekam, hasil siasatan awal mendapati kematian mangsa tiada kaitan dengan unsur-unsur jenayah.
"Hingga kini, pihak polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut," tegas Sekam lagi.
utusanborneo.com.my/2022/05/02 |