CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 660|Reply: 0

[Sabah] Masyarakat dinasihat pakai pelitup muka di kawasan terkecuali

[Copy link]
Post time 5-5-2022 12:09 AM | Show all posts |Read mode


Masidi

KOTA KINABALU: Masyarakat dinasihatkan untuk memakai pelitup muka di kawasan yang dikecualikan untuk memakai perlindungan diri berkenaan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata ini adalah salah satu tindakan bagi membantu memastikan jumlah pertambahan kes baharu COVID-19 di negeri ini terkawal.

“Jumlah jangkitan baharu pada hari ini mencatatkan 23 kes berbanding hanya 12 kes pada hari sebelumnya iaitu pertambahan hampir dua kali ganda.

“Seperti yang diramalkan sebelum ini, jumlah kes baharu akan bertambah sepanjang bulan Mei ini dalam lingkungan atau julat yang stabil dan terkawal.

“Masyarakat boleh membantu mengawal jumlah pertambahan ini dengan sentiasa mematuhi saranan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk memilih menggunakan pelitup muka di kawasan yang dikecualikan pemakaiannya,” katanya.

Bercakap lanjut mengenai perkembangan kes baharu di Sabah, Masidi berkata sembilan daerah mencatatkan kes baharu satu angka.

Katanya jumlah daerah yang tidak merekodkan sebarang kes baharu berkurangan daripada 22 daerah kepada 18 daerah semalam.

“Sebahagian daerah itu termasuklah Penampang dan Sandakan masing-masing lima kes, dan Tuaran dua kes.

“20 pesakit bagi kes semalam adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, seorang pesakit dalam Kategori 3 dan dua pesakit dalam Kategori 5 manakala tiada kes dilaporkan dalam Kategori 4,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/05/04
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.044757 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list