CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1605|Reply: 1

[DRAMA MELAYU] Empat drama Azza 'hangat' di TV3 sekarang

[Copy link]
Post time 10-5-2022 04:25 PM | Show all posts |Read mode
Empat drama Azza 'hangat' di TV3 sekarang


Drama Republik Gombak yang dibintangi Azza sedang ditayangkan di TV3. Foto Ihsan TV3

KUALA LUMPUR: Dengan empat drama lakonannya sedang ditayangkan TV3, tidak syak lagi, rezeki Azza Elite bertambah murah selepas pembukaan semula sektor kreatif akibat penularan pandemik COVID-19.

Azza atau nama sebenar, Nor Azzarima Zawari bersyukur hasrat kembali aktif berlakon mencapai sasaran dengan satu persatu tawaran diterima.

Ketika ini, empat drama lakonannya iaitu Mem & Bibik-Bibik, Republik Gombak, 7 Hari Mencintaiku 3 dan Isteri-Isteri Ayah sedang disiarkan TV3.

"Kebetulan, kerjaya seni diurus Syarikat Dinomay Entertainment. Jadi, jadual kerja lebih tersusun. Malah, syarikat produksi mula 'mengintai' saya.

"Syarikat Zeel Production antara yang membuka pintu rezeki saya melalui drama Tak Sempurna Mencintaimu. Rezeki berterusan dengan musim ketiga drama 7 Hari Mencintaimu terbitan SR One Sdn Bhd.

"Selama 26 tahun saya ceburi dunia seni, inilah kali pertama rezeki berlakon 'back to back'. Walaupun bukan watak utama, kesempatan dan momen seperti ini bukan selalu datang.

"Tidak pernah saya bayangkan dapat berlakon dalam drama yang menjadi fenomena dan kegilaan ramai di TV3 seperti 7 Hari Mencintaiku 3.


Azza bersyukur mendapat tawaran ‘back to back’ biarpun watak dibawa bukanlah karakter utama. Foto Ihsan Azza Elite

"Watak Kak Piah dalam drama itu pun membuatkan saya dibenci," katanya sambil memberitahu drama Isteri-Isteri Ayah diulang siar, bukannya karya baharu.

Azza yang pernah berentap bersama anggota Elite dalam musim kelima program realiti, Gegar Vaganza (GV5) berkata, dia terpaksa menolak beberapa tawaran lain berikutan faktor masa.

"Ada beberapa syarikat produksi yang mahu menghasilkan drama lain tawar saya berlakon. Tetapi, saya perlu dahulukan komitmen yang sudah dipersetujui.

"Saya tidak mahu 'rembat' semua hingga membebankan orang lain pula. Cukup saya penuhi komitmen yang ada. Saya tidak mahu tamak dan menyusahkan diri kelak," katanya.

Azza mengaku memberi 100 peratus komitmen ketika berada di lokasi penggambaran.

"Saya anggap diri ini macam pelakon baharu. Disiplin dan datang awal ke set penggambaran seperti ditunjukkan Rozita Che Wan dan Fasha Sandha saya contohi.

"Mereka boleh datang awal. Malulah pelakon lama macam saya kalau datang lambat," katanya yang sibuk dengan perniagaan termasuk menjual sejadah gebu.

Ketika ini, drama Juliet lakonan Azza juga disiarkan TV1 sejak 3 Mei lalu.

Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... gat-di-tv3-sekarang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2022 06:33 AM | Show all posts
Edited by eddlisa_uyuk at 7-10-2022 08:19 AM

---EDIT---SPAM----

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 1.372810 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list