CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 306|Reply: 0

[Kelantan] Kes Covid-19 di Kelantan kekal dua angka

[Copy link]
Post time 10-5-2022 04:26 PM | Show all posts |Read mode

DR Izani Husin ketika ditemui di Majlis Mesra Aidilfitri di pejabatnya di Kota Darulnaim di sini, hari ini. FOTO HIDAYATIDAYU RAZALI.

Kota Bharu: Jangkitan Covid-19 di Kelantan tidak membimbangkan apabila hanya mencatatkan kes dua angka setiap hari dalam tempoh dua minggu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin berkata, walaupun selepas Aidilfitri, kes di negeri ini masih merekodkan dua angka iaitu 46 kes semalam.

Katanya, kes tidak meningkat berikutan rakyat negeri ini termasuk perantau yang pulang pada Aidilfitri sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Selain itu, vaksin juga berkesan untuk mencegah jangkitan Covid-19 daripada terus menular dan menyebabkan kes tidak serius.

"Imuniti kelompok yang dicapai juga memberi kesan kepada pengurangan kes Covid-19. Namun, kita berharap rakyat terus menjaga diri untuk mengelakkan penularan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Mesra Aidilfitri di pejabatnya di Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Dr Izani berharap kes jangkitan Covid-19 di Kelantan terus menurun sehingga tiada kes yang direkodkan.

Beliau berkata, berikutan tidak banyak kes, bilangan pesakit di hospital juga berkurangan dan saringan hanya dibuat kepada individu yang bergejala sahaja.

"Walaupun kerajaan melonggarkan untuk pemakaian pelitup muka, namun tidak rugi jika kita memakainya untuk mencegah pelbagai penyakit termasuk bawaan udara," katanya.

Mengulas berhubung Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) di Kelantan, Dr Izani berkata, vaksin dalam kanak-kanak negeri ini sangat rendah.

Katanya, ia berikutan ibu bapa yang tidak mahu anak-anak mereka mengambil vaksin termasuk warga emas berikutan kes Covid-19 di Kelantan rendah .
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tan-kekal-dua-angka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.032937 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list