|
Marang: Seorang pelajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah di sini, meninggal dunia ketika menjalani latihan merentas desa pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, dalam kejadian 8.34 pagi itu, pelajar terbabit, Aman Basri Muhd Rohaizi, 16, dikatakan terjatuh ketika sedang berlari dan pengsan.
"Berdasarkan temu bual bersama beberapa saksi pelajar sekolah yang sama, mereka cuba memberi bantuan pernafasan namun keadaan mangsa semakin lemah.
"Guru yang bertugas membawa mangsa ke klinik Pengkalan Berangan untuk menerima rawatan namun doktor memaklumkan mangsa meninggal dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, terdapat luka di bahagian atas kening sebelah kanan, calar di bawah dagu sebelah kiri dan calar di belakang tangan sebelah kiri yang dipercayai berlaku semasa mangsa terjatuh.
"Bapa mangsa membuat laporan polis dan menolak proses bedah siasat dilakukan kerana berpuas hati atas sebab kematian.
"Beliau juga menyatakan tidak akan mengambil sebarang tindakan sekiranya terjadi perkara berbangkit pada masa akan datang," katanya.
Hasil pemeriksaan pada fizikal mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... etika-merentas-desa |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|