CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 318|Reply: 0

[Pulau Pinang] Jangan bazirkan tenaga PDRM: Chee Keong

[Copy link]
Post time 10-5-2022 05:13 PM | Show all posts |Read mode
GEORGETOWN - Perkhidmatan anggota polis pengiring tidak seharusnya disalah gunakan oleh ahli politik apatah lagi anak kepada ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berkata, tidak kira parti mana pun, jangan bazirkan tenaga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, mengikut jawapan Parlimen yang diterima pada Mac lalu, anak kepada ahli Parlimen tidak termasuk daripada senarai yang layak untuk mendapat perkhidmatan polis pengiring.

"Selain Raja-raja, semua orang politik yang lain tak perlu guna 'outrider' polis, tak kira parti mana pun. Jangan bazir tenaga kerja PDRM.

"Keluar rumah awal, tak perlu guna 'outrider' polis," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selesa.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan tiada arahan rasmi mahupun tidak rasmi dikeluarkan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di peringkat Kontinjen Pulau Pinang untuk penugasan mengiringi anak seorang ahli Parlimen seperti video tular baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, merujuk kepada prosedur operasi standard (SOP) Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan trafik Nombor 11 (Prosedur atur gerak dan membuka laluan trafik), proses kelulusan permohonan secara rasmi kepada jabatan perlu dilakukan dalam masa tujuh hari waktu bekerja kecuali kecemasan.

Menurutnya, pegawai yang bertanggungjawab perlu membuat penilaian permohonan itu bagi membuat keputusan sebelum rekod kelulusan permohonan dicatat dalam buku daftar dan buku harian.


Mengulas mengenai perkara itu, Chee Keong memuji ketegasan PDRM dalam mengambil tindakan terhadap anggota trafik yang terlibat dengan kejadian yang berlaku sebelum ini.

Katanya, bukan sahaja dua anggota polis terbabit perlu disiasat dan dihukum sekiranya bersalah malah apakah tindakan yang boleh dikenakan terhadap anak ahli Parlimen yang ternyata telah telah salah guna kuasa.

"Jangan hanya hukum anggota polis, ini kena hukum sekali geng VVIP dan anak pinak, sanak saudara mereka yang buat semacam mereka ni raja," katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... aga-PDRM-Chee-Keong
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 04:08 PM GMT+8 , Processed in 1.003967 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list