CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 344|Reply: 0

[Terengganu] Kalau sudah jodoh, tidak akan ke mana

[Copy link]
Post time 11-5-2022 02:40 PM | Show all posts |Read mode

NURUL Ziana (kanan) bersama suaminya Mohd Iriman. FOTO Nazdy Harun

Kuala Berang: Penantian 11 tahun pasangan orang kurang upaya (OKU) kerdil untuk mendirikan rumah tangga akhirnya terlaksana apabila mereka selamat diijabkabulkan, kelmarin.

Mohd Iriman Zakaria, 38, dari Felda Jerangau Barat berkata, keluarganya sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk menyatukannya dengan isteri, Nurul Ziana Yusoff, 24, yang ketika itu masih bersekolah di tingkatan satu.

Menurutnya, berikutan itu dia menangguhkan hasrat itu terlebih dahulu dan harapan untuk berkahwin seolah-olah tidak akan tercapai.

"Saya tidak terlalu memikirkan soal kahwin, malah mengambil keputusan untuk bekerja di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Kerteh, Kemaman, selama lapan tahun sebelum pulang ke kampung.

"Berbekalkan wang sendiri tanpa bantuan, saya membuka sebuah bengkel kenderaan bersebelahan rumah.

"Ibarat kata pepatah 'kalau sudah jodoh, tidak akan ke mana' tidak disangka jodoh saya dengan isteri tetap ada kerana keluarga saya dan mentua rupanya masih ingin menyatukan kami berdua sebagai suami isteri," katanya yang juga anak ketiga daripada empat beradik.

Menurutnya, rancangan untuk menyatukan dia dan isteri dilakukan sebelum pandemik Covid-19 oleh arwah bapanya Zakaria Mamat, yang meninggal dunia tahun lalu bersama ibunya Rokiah Abu Talib, 64.

Katanya, dia hanya mengikut perancangan yang dilakukan keluarga dan bersyukur Nurul Ziana dapat menerimanya sebagai pasangan hidup.

"Saya pernah terfikir sukar untuk bertemu jodoh kerana keadaan fizikal, namun perancangan Allah itu lebih hebat daripada apa yang saya fikirkan," katanya.

Sementara itu, Nurul Ziana berkata, dia tidak menyangka soal perkahwinan yang diperkatakan kira-kira 11 tahun lalu ketika dia masih di bangku sekolah kini menjadi kenyataan.

"Saya rasa bersyukur, malah rasa bertuah kerana dijodohkan dengan pasangan yang juga OKU (orang kurang upaya) sepertinya. Semoga jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tidak-akan-ke-mana

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.159767 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list