View: 347|Reply: 0
|
[Pahang]
Banjir di Janda Baik
[Copy link]
|
|
HUJAN lebat berterusan menyebabkan beberapa buah kampung dalam kawasan Janda Baik, dilanda banjir kilat. FOTO Ihsan pembaca
Bentong: Hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan beberapa kampung di Janda Baik dekat sini, dilanda banjir kilat.
Antara kampung terjejas teruk dalam banjir bermula 5.30 pagi itu adalah Kampung Sum Sum, Kampung Pulau Santap dan Kampung Chemperoh.
Keadaan itu menyebabkan sebanyak 42 keluarga terpaksa berpindah ke lokasi selamat.
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.37 pagi dan 19 pegawai bersama anggota bersama tiga jentera dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memberi bantuan.
Menurutnya, jarak antara lokasi kejadian pertama iaitu Kampung Sum Sum dengan balai terdekat ialah 39 kilometer dan kita mengambil sedikit masa untuk tiba berikutan keadaan jalan yang sempit.
Katanya, kerja memindahkan semua mangsa berjaya dilakukan dalam masa yang singkat dan pasukan bomba masih di lokasi bagi meneruskan pemantauan memandangkan keadaan cuaca masih kurang baik.
"Setakat ini, 12 keluarga di Kampung Sum Sum sudah berpindah dengan tiga keluarga diselamatkan anggota bertugas.
"Di Kampung Chemperoh pula, sebanyak 30 keluarga berpindah sendiri selepas kawasan kediaman mereka mula dinaiki air pada awal pagi tadi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, terdapat juga kejadian tanah runtuh di laluan masuk ke Kampung Janda Baik dan laluan antara Kampung Sum Sum dengan Kampung Chemperoh.
Katanya, selain itu terdapat pokok tumbang di jalan masuk ke lokasi kejadian seklai gus menyukarkan operasi menyelamat.
Bagaimanapun, pihaknya sudah memotong pokok tumbang yang menghalang jalan bagi memudahkan operasi tersebut.
"Operasi pemantauan di sekitar empat buah kampung di Janda Baik sedang diteruskan dan laluan itu sudah ditutup untuk pengguna bagi kerja pembersihan lumpur dan serpihan batu," katanya.
Katanya, sebuah jentera JBPM Pahang turut terkandas akibat lumpur tebal ketika dalam perjalanan menghala ke Kampung Chemperoh bagi tugas memindahkan penduduk terjejas akibat banjir kilat itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... anjir-di-janda-baik |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|