CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 572|Reply: 1

[Kelantan] Penjual mi celup RM9 sebungkus dikompaun, diberi notis

[Copy link]
Post time 11-5-2022 03:03 PM | Show all posts |Read mode

PEGAWAI penguat kuasa KPDNHEP Tanah Merah melakukan pemeriksaan di Pasar Besar Tanah Merah berhubung aduan mi celup dijual RM9 sebungkus.


TANAH MERAH: Seorang penjual mi celup yang didakwa menjual makanan itu pada harga RM9 sebungkus diberi kompaun  dan notis oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Tanah Merah semalam.

KPDNHEP memeriksa premis yang terletak di Pasar Besar Tanah Merah selepas kejadian itu tular di laman Facebook ‘Tanah Merah di Hatiku’.


TANGKAP layar isu mi celup RM9 sebungkus yang tular di laman sosial Facebook Tanah Merah di Hatiku sehingga mendapat perhatian KPDNHEP Tanah Merah semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Tanah Merah, Ahmad Azizi Abdul Kadir berkata, peniaga wanita berusia 33 tahun itu mengakui kejadian tular membabitkan mi celup berharga RM9 sebungkus itu melibatkan gerai miliknya.

Sehubungan itu, menurut beliau,  peniaga berkenaan diberikan Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan 2011.

“Melalui notis itu kita bagi tempoh dua hari untuk peniaga itu menjawab dan menyatakan alasan berhubung isu itu.

“Kita juga turut mengeluarkan kompaun kerana tidak meletakkan tanda harga di bawah Perenggan 5 Perintah Kawalan Harga dan AntiPencatutan (Penandaan Harga Bagi Barangan dan Caj Bagi Perkhidmatan) 2020,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Isu penjual mi celup ‘cekik darah’ tular di laman Facebook ‘Tanah Merah Dihatiku’ selepas seorang pelanggan membuat aduan mengenai harga sebungkus mi celup dibelinya RM9.

Pengadu mendakwa, dia membeli lapan bungkus mi celup dengan harga keseluruhan RM72 dan tidak berpuas hati kerana kebiasaannya, sebungkus mi celup biasa dijual sekitar RM5 sebungkus atau RM7 sebungkus bagi mi celup ‘special’.- UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasion ... mpaun-diberi-notis/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2022 03:11 PM | Show all posts
peniaga salah
pembeli salah
fb salah
kpdehep salah

yg x salah tanda harga ja

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.045417 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list