CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 347|Reply: 0

[Terengganu] 'Reda Allah pinjamkan anak 16 tahun'

[Copy link]
Post time 12-5-2022 10:37 AM | Show all posts |Read mode

Harzul Azliana bersama anak bongsunya, Aqryll Hanif melihat gambar arwah Aman Basri yang meninggal dunia ketika menjalani latihan merentas desa, semalam. NSTP/ZATUL IFFAH ZOLKIPLY

MARANG: "Saya reda apabila Allah hanya meminjamkan anak selama 16 tahun sebelum dia pergi semalam ketika menjalani latihan merentas desa," kata Harzul Azliana Harun,42.

Hazrul Azliana adalah ibu kepada pelajar Tingkatan Empat, Aman Basri Muhd Rohaizi, 16, yang meninggal dunia ketika menjalani latihan merentas desa di persimpangan Kampung Asing di sini, semalam.

Hazrul Azliana berkata, arwah yang juga anak sulung daripada dua beradik adalah seorang anak yang baik dan disenangi semua.

"Dia seorang yang mudah dan tidak cerewet, apabila tiba-tiba jadi begini memang kami semua terkejut apatah lagi dia tidak mempunyai sebarang penyakit, malah pada pagi kejadian pun, arwah dalam keadaan baik.


"Sebagai ibu, saya masih belum puas bersamanya apatah lagi ia berlaku ketika kita masih bergembira menyambut Aidilfitri," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Perpat di sini, hari ini.

Harzul Azliana berkata, dia menerima panggilan daripada suaminya kira-kira jam 8.45 pagi memaklumkan kejadian menimpa anak mereka sebelum bergegas ke Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan.

"Ketika itu, saya dalam perjalanan ke tempat kerja di Kuala Terengganu dan sebaik tiba di sana, arwah anak memang sudah tidak sedarkan diri.

"Tak lama kemudian, doktor yang bertugas memaklumkan anak sudah tiada dan saya reda dengan dugaan diberikan ini.

"Saya pernah menunaikan umrah bersama suami pada 2015 dan arwah pernah bercakap mahu ke sana dan memang ada perancangan pada tahun ini, tetapi sedih sebab hajat arwah tidak kesampaian," katanya

Jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Perpat selepas solat Asar semalam.

Media semalam melaporkan pelajar Tingkatan Empat di sekolah menengah di daerah ini meninggal dunia ketika menjalani latihan merentas desa di persimpangan Kampung Asing di sini.
https://www.bharian.com.my/berit ... amkan-anak-16-tahun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.035562 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list