CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 455|Reply: 1

[Terengganu] Reman pemandu bas ekspres cabul penumpang disambung sehari lagi

[Copy link]
Post time 12-5-2022 02:03 PM | Show all posts |Read mode

SUSPEK berusia 27 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Marang bagi mendapatkan perintah lanjutan reman. FOTO Zatul Iffah Zolkiply

Marang: Reman pemandu bas ekspres yang didakwa mencabul seorang penumpang wanita dalam bas ekspres di Ajil, Hulu Terengganu pada Ahad lalu, disambung satu hari lagi sehingga esok.

Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan reman suspek berusia 27 tahun disambung bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dijalankan.

Sebelum ini, suspek direman empat hari bermula 9 Mei lalu namun polis memohon lanjutan reman bagi melengkapkan kertas siasatan selepas tempoh reman berakhir hari ini.

Suspek yang juga pemandu kedua bas berkenaan sebelum ini ditahan sejurus bas yang dalam perjalanan dari Kelantan tiba di Terminal Melaka Sentral kira-kira jam 10.30 pagi, Ahad lalu.

Penahanan suspek dibuat susulan laporan polis dibuat mangsa yang berusia 21 tahun itu yang mendakwa diraba suspek ketika bas berhenti rehat di Ajil, Hulu Terengganu, kira-kira jam 4 pagi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sambung-sehari-lagi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2022 05:02 PM | Show all posts
ya Allah,ko dh knapa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.040646 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list