CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3952|Reply: 3

Dua kali tolak pinangan rakan sekampung, wanita derita sihir katak puru...

[Copy link]
Post time 12-5-2022 04:35 PM | Show all posts |Read mode
Dua kali tolak pinangan rakan sekampung, wanita derita sihir katak puru... tiada lagi wajah jelita, seluruh badan menggerutu


Wajah Shiela menggerutu seperti katak puru akibat sihir.

AKIBAT menolak cinta seorang lelaki, kehidupan Shiela (bukan nama sebenar) musnah apabila terkena sihir katak puru yang membuatkan seluruh tubuh termasuk wajahnya bertukar menggerutu dan mengerikan.

Shiela menjadi kegilaan lelaki di kampungnya yang tertawan dengan kejelitaannya sehinggakan ramai menagih cinta meskipun wanita itu tidak pernah terfikir untuk mencari pasangan.
Matlamatnya hanya satu ketika ini, ingin menyambung pelajaran dan berharap dapat membantu meningkatkan ekonomi keluarganya yang susah.

Adik-beradik Shiela juga ramai dan perlukan perhatiannya - membuatkan dia langsung tidak berfikir tentang perkahwinan.

Sudah banyak pinangan yang datang ditolak begitu sahaja oleh keluarga Shiela, bukan tidak mahu tetapi sedar sekiranya dia berkahwin, dia tidak dapat membantu keluarga.



Akibat sihir, Shiela enggan keluar rumah.



Dua kali tolak pinangan

Hisham (bukan nama sebenar) antara jejaka yang cukup 'gilakan' Shiela malah sudah dua kali pinangannya ditolak Shiela sebelum ini.

Bukan dia tidak menghargai keikhlasan Hisham ingin menyuntingnya sebagai isteri tetapi sikap tidak kurang sabar lelaki itu mematikan hasratnya untuk mengenalinya dengan lebih dekat.

"Sudah banyak kali saya terangkan kepadanya agar kami berkawan terlebih dahulu dan bukannya terburu-buru hendak berkahwin tanpa mengenali hati budi masing-masing.

"Tetapi Hisham tetap berdegil membuatkan saya tawar hati dengannya," katanya.

Hisham yang sebelum ini seorang lelaki budiman dan sering dilihat ke masjid berubah apabila sampai 'berita' ke telinganya kononnya Shiela sudah mempunyai teman lelaki lain.

Malah Hisham turut difahamkan bahawa teman lelaki baharunya itulah menjadi punca Shiela menolak pinangannya sebanyak dua kali sekali gus menyebabkan Hisham berdendam dengan wanita yang digilainya itu.

"Entah siapa yang membawa mulut tentang saya sudah ada kekasih, sampai kecoh satu kampung sehinggakan ada yang mengejek Hisham kerana tidak berjaya menawan hati saya.

"Tanpa saya sedari, Hisham menyimpan dendam terhadap saya sehingga membawa kepada keadaan diri saya hari ini," katanya.

Satu badan menggerutu, dengar suara katak atas bumbung

Cerita Shiela, dua minggu selepas kecoh mengenai dirinya di kampung, dia mula berasa tidak sedap badan selain seluruh badannya naik bintik-bintik yang gatal dan berair jika digaru.

Sangkanya dia terkena demam campak tetapi keadaannya tetap sama selepas hampir sebulan malah bertambah teruk!

"Bayangkan saya sendiri berasa jijik melihat wajah saya di cermin kerana ia menggerutu dan bernanah jika dipicit. Saya buntu mengenangkan apa berlaku kepada diri saya.

"Sehinggakan saya malu hendak keluar rumah disebabkan wajah saya bertukar hodoh," ceritanya.

Apa membuatkan dia berasa sesuatu tidak kena dengan dirinya, ketika tengah malam dia akan terdengar suara katak dan bunyi katak melompat di atas bumbung.


Sehingga kini, Shiela masih mendapatkan rawatan akibat disihir.

Tidak hanya itu, seluruh badannya juga akan terasa gatal dan membuatkan dia tidak boleh tidur.

"Ibu bapa nekad membawa saya berjumpa seorang ustaz dan seperti saya jangka, saya telah disihir oleh seseorang dan ustaz memberitahu individu itu rapat dengan saya.

"Saya bukan hendak menuduh tetapi ketika saya sakit, Hisham sering menghantar mesej yang bertanyakan keadaan saya tetapi saya tidak membalasnya," katanya.

Shiela berkata, sehingga kini dia masih menderita sihir katak puru itu meskipun bintik-bintik menggerutu di wajah dan badannya semakin beransur pulih selepas mendapatkan rawatan.

Ustaz memberitahunya, proses rawatan memakan masa yang lama dan ada kemungkinan sihir turut ditambah oleh penghantar bagi menyiksa dirinya.

"Bagi mengelakkan sebarang salah faham dan rasa tidak puas hati, saya berpindah ke rumah saudara, jauh daripada pandangan orang kampung dan Alhamdulillah keadaan tenang di sini dan fokus saya untuk pulih seperti sedia kala," katanya.

Sumber:https://www.mstar.com.my/xpose/m ... nxyB449Fks.facebook


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2022 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nya…dh 2022 still percaya kt sihir & bomoh…anggap je la xde jodoh
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Monkeypox ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 04:04 PM | Show all posts
Tidak hanya itu, seluruh badannya juga akan terasa gatal dan membuatkan dia tidak boleh tidur.

Pernah kena yang ni, gatal dia macam kena gatal miang serai tu.. gatal wo, sampai berdarah garu badan.. Dari maghrib smpai subuh.. Seksa menanggung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.037738 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list