CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 408|Reply: 0

Melaka United dituntut lebih garang berdepan PJ City

[Copy link]
Post time 14-5-2022 11:35 AM | Show all posts |Read mode

Mohd Asri - Foto Melaka United Football Club

PENGENDALI sementara Melaka United, Mohd Asri Ninggal berharap para pemainnya mampu menebus kehampaan tewas 0-1 kepada PJ City dalam perlawanan pembukaan Liga Super sebelum ini apabila kedua-dua pasukan berentap di pusingan kedua Piala FA pada Sabtu.

Malah menurut Mohd Asri, Melaka United tidak rela terlepas slot ke suku akhir Piala FA dan berazam mahu mengekalkan rentak konsisten selepas berjaya menang dua kali berturut-turut dalam aksi terakhir liga sebelum ini.

Namun dalam masa sama, beliau memandang tinggi kemampuan PJ City yang mampu berikan cabaran hebat kepada pasukan lain walaupun menggunakan 100 peratus pemain tempatan.

“Kali ini, Melaka akan turun dengan kesebelasan berbeza berbanding semasa tewas kepada PJ di Stadium MBPJ. Bermain di tempat sendiri, sudah tentu jangkaan agak tinggi daripada peminat tetapi jangan sama sekali memandang rendah kemampuan lawan.

“Biarpun dibarisi semua pemain tempatan, mereka dapat buktikan kehebatan pada perlawanan terakhir apabila dapat menjaringkan dua gol dalam tempoh 20 minit bagi mengikat Kedah, 3-3.

“Jadi kami perlu bersiap sedia sepenuhnya dengan kedatangan PJ City kerana moral mereka pasti di tahap terbaik selepas dengan apa mereka tunjukkan di dalam perlawanan terakhir.

“Dalam perlawanan ini, kami dijangka berpeluang menurunkan Adriano setelah lebih sebulan tidak beraksi kerana cedera namun Justin Baas belum pulih dari masalah kecederaan pangkal paha,” katanya.

Melaka United sejak dibawa kendalian Asri belum tewas dalam dua perlawanan terakhir di Liga Super apabila menang berdepan Sri Pahang FC (2-1) dan Kedah Darul Aman FC (3-2), kedua-dua aksi berlangsung di laman lawan.


Ditanya mengenai apa dilakukan dalam sehingga pasukan berjaya bangkit dari kemerosotan prestasi, bekas pemain Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka di era 80-an dan 90-an itu mengakui dia ada banyak lakukan perubahan dari segi pemilihan pemain dan penggunaan formasi.

“Selepas saya mengambil tempat jurulatih asal, perkara pertama dilakukan ialah saya menyenaraikan enam pemain baharu dalam kesebelasan utama.

“Selain itu, saya mengubah formasi pasukan dari 4-3-3 kepada 4-2-3-1 kerana mahu menguatkan bahagian tengah ditambah pada waktu awalnya saya tidak dapat gunakan dua pemain import iaitu Adriano serta Emmanuel Oti.

“Ternyata strategi saya itu berkesan dan pemain cepat menyesuaikan diri sehingga mendatangkan hasil yang positif,” katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ng-berdepan-PJ-City
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.037512 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list