|
KOTA BHARU: Polis menahan seorang guru di sebuah sekolah agama di Tanah Merah, dipercayai terbabit dalam kes liwat membabitkan seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua sejak 2018.
Suspek yang juga warden asrama berusia 30-an itu ditahan di sekolah berkenaan awal pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata tangkapan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan dibuat mangsa semalam.
Katanya, berdasarkan laporan mangsa, kes liwat terbabit berlaku sejak 2018 iaitu empat tahun lalu, namun baru terbongkar selepas mangsa membuat laporan polis sebaik kejadian itu dimaklumkan kepada ibu bapanya.
"Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk berapa kali mangsa diliwat dan lokasi kejadian berlaku.
"Mangsa juga akan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut," katanya pada sidang media, di sini, hair ini.
Muhamad Zaki berkata, suspek tidak mempunyai rekod lampau dan direman semalam untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -terbabit-kes-liwat |
|