CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 372|Reply: 0

FAM 'bedah siasat' prestasi lemau skuad futsal

[Copy link]
Post time 18-5-2022 10:22 AM | Show all posts |Read mode

Skuad futsal negara peraga aksi hambar dalam tiga aksi pada Sukan SEA Hanoi.

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menganalisis laporan setiap perlawanan skuad futsal lelaki kebangsaan pada Sukan SEA Ke-31 di Hanoi, Vietnam susulan prestasi hambar skuad itu pada temasya berkenaan.

Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata laporan analisis berkenaan dibuat, bagi mengenal pasti kelemahan serta kekurangan skuad futsal lelaki negara semasa beraksi di Vietnam.

"Terlalu awal untuk saya beritahu, kerana kita kena tunggu juga laporan supaya adil bagi pengurus pasukan, jurulatih dan pemain, untuk sama-sama kita duduk dan membincangkan (sekiranya terdapat kelemahan).

"Analisis ini bagi saya bukanlah suatu yang baharu, seperti mana yang saya maklumkan tadi, kita kena tunggu laporan yang akan dianalisis oleh unit teknikal yang diketuai oleh skuad ordinal," katanya kepada pemberita di Wisma FAM, dekat sini hari ini.


Semalam, perjuangan skuad futsal lelaki kebangsaan memburu pingat di Sukan SEA berakhir, selepas tewas 0-3 kepada Indonesia di Kompleks Sukan Ha Nam.

Ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut skuad bimbingan Chiew Chun Yong dalam saingan liga sepusingan temasya sukan dwitahunan itu, selepas dibelasah Thailand dan Vietnam sebelum ini.

Anak buah Chun Yong akan menamatkan baki saingan dengan berdepan Myanmar, yang turut gagal melakar sebarang kemenangan dalam dua perlawanan pertama mereka di venue sama, Jumaat ini.

Sebagai rekod, Malaysia meraih pingat perak pada edisi 2017 di Kuala Lumpur, manakala ia tidak dipertandingkan pada edisi 2019 di Filipina. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/sukan ... -lemau-skuad-futsal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.059377 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list