CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 428|Reply: 0

'Penyudah tak menjadi' - Devan

[Copy link]
Post time 18-5-2022 03:16 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA aksi Negeri Sembilan dengan Kedah, semalam. FOTO NSFC

Alor Setar: Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC), K Devan menganggap faktor penyudah yang tidak menjadi menyebabkan skuad kendaliannya gagal mendapatkan tiga mata penuh ketika seri tanpa jaringan berdepan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman semalam.

Menurut jurulatih berusia 54 tahun itu, skuadnya sepatutnya di depan apabila beberapa percubaan penyerangnya hampir membolosi gawang Kedah sepanjang tempoh perlawanan semalam.

"Kami lebih tersusun ketika pertahanan cuma dalam bab serangan saya sedikit terkilan kerana kami patut menjaringkan malam ini (semalam). Kami bermain lebih matang dan tidak terikut dengan corak permainan tuan rumah serta tidak melakukan 'parking bas.

"Kami mencipta banyak peluang sepanjang 90 minit. Lima hingga enam peluang ketika beraksi sebagai pasukan pelawat di Stadium Darul Aman sudah boleh dikira cukup baik.

"Namun penyudah pula kurang baik dan jika dibandingkan dengan Kedah kami memiliki lebih banyak peluang terutama dibabak pertama. Saya harap penyerang kami perlu tingkatkan prestasi lagi pada perlawanan akan datang," katanya.

Jelas Devan lagi, dengan keputusan baik yang diperolehi apabila menentang pasukan lebih kuat dalam liga, pemain mula menunjukkan tahap keyakinan dan kepercayaan diri lebih baik.

"Permainan pemain saya nampak tersusun dan sejak dari awal musim kami dapat keputusan yang positif seperti menang semasa menentang Sabah FC pada perlawanan di tempat lawan serta menang dengan Kuala Lumpur City di laman sendiri.

"Saya rasa keputusan malam ini bukanlah satu keputusan yang kami layak terima kerana peluang mendapatkan gol melebihi peluang terbuka yang ada pada Kedah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... h-tak-menjadi-devan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.341859 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list