CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 486|Reply: 0

Harimau Malaya hantar perisik intai prestasi lawan

[Copy link]
Post time 19-5-2022 05:48 PM | Show all posts |Read mode

PENGENDALI skuad kebangsaan, Kim Pan-gon. FOTO FB FAM

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya sedia menghantar perisik bagi mengintai kekuatan dan kelemahan tiga pencabar dalam Kumpulan E kempen Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, bulan depan.

Tiga lawan yang bakal ditentang itu adalah Turkmenistan, Bangladesh dan Bahrain yang diletakkan sekumpulan dengan skuad negara.

Menurut pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon, Bahrain dan Turkmenistan dijadual menentang Thailand dalam aksi persahabatan, manakala Bangladesh pula akan mengasah taring bertemu Indonesia.

Justeru, Pan-gon tidak menolak kemungkinan akan menghantar seorang pegawai untuk menganalisis aksi itu.

"Kami sudah ada maklumat mengenai persiapan Bahrain dan Turkmenistan yang akan menentang Thailand, dan Bangladesh akan menentang Indonesia dan kami tahu tentang itu.

"Ya, kalau boleh kami mahu hantar seorang (pegawai pasukan)...ia bagus untuk melihat dan menganalisis kekuatan pasukan lawan supaya boleh merangka persiapan dan strategi sebelum bertemu mereka," katanya.

Malaysia akan menghadapi dua aksi pemanas badan dengan bertemu Brunei pada 27 Mei ini, sebelum turun sekali lagi menentang Hong Kong pada 1 Jun, dengan kedua-dua aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ujar jurulatih dari Korea Selatan itu, persiapan anak buahnya penting dan beliau mahu pemain sentiasa fokus sepanjang sesi kem latihan yang bermula hari ini.

"Persiapan sendiri penting dan kami tak boleh terlalu memikirkan mereka. Jadi kami akan buat perancangan terbaik.

"Kami akan cuba dapatkan pelbagai maklumat dan informasi termasuk daripada perlawanan terdahulu yang pernah dilalui pasukan terbabit," katanya.

Di Kelayakan Piala Asia itu nanti, skuad Harimau Malaya akan turun menentang Turkmenistan dalam aksi pertama pada 8 Jun, diikuti Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun).
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ntai-prestasi-lawan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.067643 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list