CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 540|Reply: 0

Kalah di padang, menang di hati - Hamidin

[Copy link]
Post time 21-5-2022 04:19 PM | Show all posts |Read mode

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin. FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Anda tetap hero di mata kami. Itu kata-kata semangat yang dilontarkan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin kepada barisan pemain skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara selepas tewas tipis 0-1 dalam perjuangan 120 minit menentang Vietnam tempoh hari.

Hamidin berkata, tewas kepada Vietnam bukanlah bermakna barisan pemain beraksi kurang memuaskan cuma nasib tidak menyebelahi mereka pada perlawanan separuh akhir itu.

Katanya, persembahan skuad negara yang tidak dibarisi tiga pemain lebih umur berbanding pasukan tuan rumah, wajar dipuji sekali gus beliau percaya masa depan tonggak muda ini cukup cerah.

"Mereka adalah 'hero' di dalam hati rakyat Malaysia. Benar, mereka kalah di atas padang tetapi skuad muda negara kita telah membuktikan sesuatu kepada semua orang dengan persembahan mereka itu.

"Satu kekalahan yang agak menyakitkan kerana kita telah menyaksikan betapa komited mereka sepanjang beraksi 120 minit.

"Namun saya percaya pertemuan dengan Vitenam semalam tidak akan melemahkan kita sebaliknya akan menguatkan semangat lagi pemain-pemain kita di masa akan datang," katanya.

Sebagai rekod, jaringan tunggal pemain berusia 24 tahun, Nguyen Tien Linh pada minit ke-111 sudah cukup mengesahkan Park Hang Seo itu mara ke final bertemu Thailand.

Kejayaan mara ke separuh akhir temasya itu boleh dianggap membanggakan apatah lagi selepas mengambil kira skuad Brad Maloney itu tidak menggunakan khidmat tiga pemain lebih usia seperti pencabar lain.

Skuad muda itu berpeluang untuk membawa pulang pingat gangsa untuk negara esok apabila akan bertemu Indonesia di Stadium My Dinh, Hanoi.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ang-di-hati-hamidin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.552549 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list