CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 494|Reply: 0

Peluang Red Warriors rampas takhta

[Copy link]
Post time 22-5-2022 11:24 AM | Show all posts |Read mode

PEMAIN Kelantan FC melakukan persiapan akhir baru-baru ini untuk menghadapi Selangor II pada saingan Liga Perdana malam ini. – IHSAN TRW KELANTAN FC

   

KOTA BHARU: Pengendali Kelantan FC Rezal Zambery Yahya mahu pemainnya turun de­ngan mentaliti menang apabila menentang Selangor II malam ini, apatah lagi kemenangan di Stadium UiTM, Shah Alam akan membawa The Red Warriors merampas takhta Liga Perdana.

Kekalahan 2-1 Johor Darul Ta’zim II (JDT II) kepada Terengganu FC II kelmarin menyaksikan Kelantan FC berkongsi 18 mata bersama Johor, namun mereka memiliki kelebihan satu perlawanan.

Menurutnya, ketiadaan beberapa tonggak Selangor II yang beraksi bersama pasukan bawah 23 (B-23) Malaysia dalam Sukan SEA di Vietnam perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.

“Walaupun Selangor II sebuah pasukan ‘feeder’, namun kemampuan mereka tidak boleh diambil mudah.


“Kami tetap memberikan seratus peratus tumpuan kerana pasukan ini pastinya turun de­ngan misi meraih mata penuh,” katanya.

Katanya, dia mahu pemain kekal fokus dengan momentum kemenangan dan sentiasa bekerja keras dalam setiap aksi yang diharungi selepas ini.

“Saya mahu pemain memberikan persembahan yang terbaik dan tidak mengecewakan para peminat untuk melihat TRW mengumpul tiga mata penuh,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Rezal mengakui kehilangan Kervens Belfort sedikit mengganggu perancangan taktikalnya.

Bagaimanapun dia sudah mempunyai ramuan terbaik untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Belfort untuk berdepan Selangor II.

https://www.utusan.com.my/sukan/ ... iors-rampas-takhta/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.038753 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list