|
Justin Bieber
New Delhi: Justin Bieber kembali ke India untuk konsert pertamanya di negara itu sejak kali terakhir menjayakan persembahan pada 2017.
Penyanyi terkenal itu akan menjayakan persembahan di Stadium Jawaharlal Nehru, New Delhi pada 18 Oktober depan.
Persembahan itu adalah sebahagian daripada konsert Justice World Tour. Ia adalah konsert kedua Justin di India selepas menjayakan persembahan di Mumbai pada Mei 2017 yang juga sebahagian daripada konsert Purpose World Tour seterusnya menyaksikan Alia Bhatt serta ramai selebriti Bollywood menghadiri persembahan itu.
Konsert Justin Bieber di Delhi adalah yang pertama diadakan di stadium oleh penyanyi antarabangsa sejak penularan pandemik Covid-19 bermula Mac 2020.
Laporan menyatakan pihak promoter BookMyShow dan Live Nation menyediakan sejumlah 43,000 tiket bagi konsert Bieber di India.
Konsert Justice World Tour akan menyaksikan lebih 125 persembahan di lebih 40 negara seluruh dunia yang berlangsung sejak Mei hingga Mac 2023.
Lebih 1.3 juta tiket bagi konsert jelajah dilaporkan sudah terjual, setakat ini. Jelajah berkenaan sepatutnya diadakan pada 2020 namun sekatan Covid-19 menyebabkan ia ditunda pada tahun ini.
Bieber akan memulakan jelajah di Mexico, diikuti Itali sebelum ke Norway, Sweden dan Denmark pada Ogos. Selain ke Amerika Selatan, Afrika Selatan dan Asia Barat pada September dan Oktober. Diikuti penutup pusingan persembahan pada 2022 di Asia, Australia dan New Zealand.
Bieber dijadualkan menjayakan persembahan di United Kingdom dan Eropah pada awal 2023. Tambahan tarikh konsert sudah diumumkan bagi Dubai, Bahrain, Sydney, New Delhi, Manila, Amsterdam, London dan Dublin.
https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... onsert-di-new-delhi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|