CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 585|Reply: 0

[Terengganu] Lelaki OKU hilang ditemui meninggal dunia

[Copy link]
Post time 25-5-2022 10:31 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA polis mengangkat mayat lelaki OKU yang hilang sejak 13 Mei lalu. FOTO Ghazali Kori.

Kuala Berang: Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang hilang sejak 12 hari lalu ditemui meninggal dunia dalam hutan di tepi sungai Kampung Tanjung Aur, Jalan Pantai Ali di sini, hari ini.

Mayat Abdul Hadi Ismail, 37, ditemui pencari buluh yang juga penduduk kampung itu kira-kira 9.30 pagi sebelum memaklumkan kepada pihak polis pada 2 petang.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mangsa berasal dari Kampung Tasek Titian Haji Abas, Marang ditemukan 15 meter dari tebing sungai.

"Saksi memaklumkan melihat mayat lelaki tidak dikenali dalam keadaan tertiarap ketika mencari buluh lemang di tepi sungai berkenaan. Turut ditemui motosikal Honda Wave Repsol berwarna oren," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Adli berkata, pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu menjalankan siasatan di lokasi bersama petugas perubatan yang mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

"Mangsa yang ditemui lengkap berpakaian dengan keadaan fizikalnya, kaki kanan kudung paras lutut. Ada dua tongkat di sisi mangsa dan siasatan awal forensik mendapati kematian mangsa tiada unsur jenayah," katanya.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat sebelum diserahkan keapda keluarga.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mui-meninggal-dunia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.038565 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list