CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 446|Reply: 0

[Johor] Apartmen Larkin Idaman dilanda banjir kilat

[Copy link]
Post time 25-5-2022 10:50 AM | Show all posts |Read mode

Apartmen Larkin Idaman dilanda banjir kilat petang tadi. - Foto ihsan pembaca

JOHOR BAHRU: Hujan lebat tidak sampai setengah jam menyebabkan dua blok Apartmen Larkin Idaman di sini, dilanda banjir kilat petang tadi.

Penduduk Apartmen Larkin Idaman, Mohd Hafiz Hamdan, 52, berkata bahagian bawah blok A1 dan A2 digenangi air sedalam kira-kira 0.5 meter.

Katanya, motosikal dan kenderaan penduduk yang di parkir di tempat letak kenderaan di bawah blok juga ditenggelami melebihi pintu kereta.

"Saya sempat meminta anak untuk mengalihkan kenderaan yang sudah dimasuki air, ke tempat tinggi.



Banjir kilat di kawasan Apartmen Larkin Idaman hari ini. - Foto ihsan pembaca

"Ini kali kedua kawasan ini dilanda banjir kilat. Bulan Mei tahun lalu, kawasan perumahan ini pernah dilanda banjir kilat dan menyebabkan banyak kenderaan penduduk rosak termasuk kereta saya," katanya.

Mohd Hafiz berkata, kejadian banjir kilat berlaku disebabkan kerja menaik taraf landasan kereta api berhampiran kawasan ini.

Selain Pangsapuri Larkin Idaman, terdapat beberapa laluan jalan raya di bandar raya ini dinaiki air akibat hujan lebat petang tadi.

Antaranya Jalan Skudai berhadapan Skudai Parade.



Banjir kilat di kawasan Apartmen Larkin Idaman hari ini. - Foto ihsan pembaca
https://www.bharian.com.my/berit ... ilanda-banjir-kilat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.034724 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list