CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 466|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Enam jam padam kebakaran kilang bateri

[Copy link]
Post time 26-5-2022 12:32 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba melakukan operasi memadam kebakaran. FOTO ihsan bomba

Seremban: Anggota bomba dan penyelamat berusaha keras sehingga subuh bagi memadam kebakaran di sebuah kilang bateri di Kawasan Perindustrian Ringan Senawang, Jalan Tampin, di sini, bermula malam tadi.

Dalam kebakaran bermula 11.50 malam itu, pihak bomba terpaksa mengerahkan lebih 40 pegawai dan anggota dari tujuh balai bagi membantu memadamkan kebakaran di kilang seluas 45.72 meter persegi berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Zamhuri Zainnordin berkata, bagaimanapun tiada mangsa yang cedera dalam kejadian berkenaan.

"Pihak kami menerima panggilan kecemasan jam 11.55 malam sebelum sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Senawang bergegas ke lokasi.

"Kami juga mendapat bantuan dari BBP Seremban, BBP Ampangan, BBP Seremban 2, BBP Rembau, BBP Rantau dan BBP Nilai bagi membantu mengawal dan memadamkan kebakaran," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau yang juga Komander Operasi berkata, kebakaran dapat dikawal 1.06 pagi, namun operasi tamat sepenuhnya jam 5.02 pagi tadi kerana masih terdapat bara dan sisa kebakaran yang masih menyala.

"Kebakaran berlaku di tingkat satu dan merebak ke tingkat dua yang dijadikan tempat penyimpanan dan memproses produk bateri yang dipenuhi bahan kimia menyebabkan operasi memadam mengambil masa lama.

"Ketika melakukan operasi pemadaman, berlaku beberapa letupan disebabkan tindakan balas bahan kimia. Kilang berkenaan terbakar sebanyak 60 peratus, namun tiada mangsa dilaporkan cedera.

"Pasukan forensik sudah masuk ke lokasi pagi tadi. Jadi punca kebakaran dan anggaran kerugian akan dapat diperolehi selepas siasatan forensik selesai," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... karan-kilang-bateri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.281157 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list