CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 515|Reply: 0

[Johor] Pulanglah Haslyna Hidayah, kasihan ibu

[Copy link]
Post time 28-5-2022 11:53 AM | Show all posts |Read mode

HASLYNA Hidayah dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak mendakwa keluar beraya Isnin lalu. FOTO Ihsan keluarga

Johor Bahru: "Sejak adik tidak pulang ke rumah, mak bersedih dan kerap menangis. Dia juga tak mahu makan malah selalu peluk baju dan masuk bilik adik," kata Hasima Jasmani, 36, kakak kepada seorang remaja yang didakwa tidak pulang ke rumah selepas keluar beraya sejak Isnin lalu.

Menurut Hasima, keluarga bingung apabila Haslyna Hidayah, 18, yang juga anak bongsu daripada lima beradik itu bertindak sedemikian sedangkan mereka sekeluarga tidak pernah mengalami sebarang masalah.

"Kami semua sangat sayangkan dia, apatah lagi dia adik bongsu dalam keluarga. Sangat manja dan sejak dulu ke mana sahaja, keluarga akan hantar dan ambil.

"Sejak tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami beri dia sedikit kelonggaran, mungkin silap kami pada hari kejadian kami tidak perhatikan betul-betul dengan siapa dia keluar.

"Katanya dia hendak pergi beraya dan ibu kawannya akan menjemputnya di rumah, sebelum keluar pun dia salam semua, cuma kami tidak lihat betul-betul ketika itu kerana memang kami percayakan dia," katanya ketika dihubungi.

Menurut Hasima, keluarganya buntu apabila semua rakan Haslyna yang dikenali tidak tahu di mana keberadaan Haslyna, namun ada maklumat diterima bahawa Haslyna kini berada di Kuala Lumpur.

"Kami risau dia di sana dengan siapa, di mana dia tinggal, bagaimana keadaannya.

"Kami mahu dia pulang ke pangkuan keluarga. Kami semua tiada masalah, jadi kami hanya mahu dia pulang," katanya yang sehingga kini masih tidak menerima sebarang maklumat tentang keadaan Haslyna, malah gagal menghubungi telefon bimbit Haslyna sehingga kini.

Hasima berkata, mereka sudah membuat laporan polis di Balai Polis Kota Tinggi pada Selasa lalu kerana bimbangkan keselamatan Haslyna.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Nik Azaham Nik Aziz mengesahkan ada menerima laporan polis dibuat pengadu.

Beliau berkata, hasil siasatan berdasarkan maklumat daripada rakan remaja itu, mendapati dia dipercayai berada di Kuala Lumpur ketika ini.

"Difahamkan, remaja itu membawa diri dan mahu diberi masa untuk bersendirian. Dia dikatakan ke sana (Kuala Lumpur) seorang diri dan tinggal bersama kawannya.

"Kita hanya mendapat maklumat daripada rakannya memandangkan gagal menghubungi remaja terbabit kerana telefon dan media sosialnya sudah tiada.

"Bagaimanapun, kita masih menyiasat bagi mendapatkan maklumat terkini untuk mengesan remaja terbabit," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang Haslyna boleh membantu menyalurkan maklumat kepada pihak polis atau menghubungi Hasima di talian 016-7707404.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hidayah-kasihan-ibu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.207074 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list