CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 588|Reply: 0

[Sarawak] Dua kanak-kanak hanyut sehari sebelum Gawai ditemukan lemas

[Copy link]
Post time 2-6-2022 08:57 PM | Show all posts |Read mode


Bomba membantu mengangkat mayat kanak-kanak terbabit untuk diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya.

SIBU: Dua kanak-kanak dari Rumah Panjang Ekaw, Nanga Sungai Semawang, Kapit, kira-kira 200 kilometer (km) dari sini, ditemukan lemas hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kedua-dua mayat mangsa ditemukan di Batang Rajang pada 7.30 pagi.

Kanak-kanak lelaki Damien Dashlley Sedan Donny, 9, dan kanak-kanak perempuan Chelsea Charity Darrie Ricky, 10, dilaporkan hanyut dibawa arus sungai semasa mandi-manda bersama keluarga pada petang Selasa lepas, iaitu sehari sebelum perayaan Gawai Dayak.

“Damien telah dijumpai 20 meter dari Rumah Panjang Ekaw dan dijumpai oleh ahli keluarga mangsa sendiri, manakala Chelsea dijumpai pada anggaran 20 km dari Rumah Panjang Ekaw iaitu berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Nanga Embuau,” katanya. - BERNAMA


utusanborneo.com.my/2022/06/02
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.741222 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list