CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 546|Reply: 0

[Sarawak] Kawalan harga maksimum ayam, telur hingga 30 Jun

[Copy link]
Post time 2-6-2022 09:57 PM | Show all posts |Read mode


Kerajaan bersetuju melanjutkan harga maksimum runcit ayam standard, ayam super dan telur ayam menerusi mekanisme penentuan harga maksimum ayam dan telur ayam sehingga 30 Jun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi berkata kaedah yang dilaksanakan sejak 5 Feb lepas sepatutnya berakhir 5 Jun, dan pelanjutan itu dipersetujui dalam mesyuarat jemaah menteri semalam.

“Pelanjutan tempoh ini adalah untuk memastikan Keluarga Malaysia bersedia dengan perubahan harga apabila penentuan harga ini berakhir pada 30 Jun 2022 nanti,” kata Nanta dalam satu kenyataan hari ini seperti dipetik Bernama.

Menerusi penentuan harga maksimum ayam dan telur ayam itu, harga maksimum runcit ayam dan telur bagi Semenanjung Malaysia bagi ayam bulat standard ditetapkan pada RM8.90 sekilogram, ayam bulat super pada RM9.90 sekilogram, telur ayam gred A pada 43 sen sebiji, telur ayam gred B pada 41 sen sebiji dan telur ayam gred C pada 39 sen sebiji.

Bagi Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan pula, harga maksimum ayam dan telur adalah berbeza mengikut zon dan daerah.

Nanta berkata Kementerian Kewangan akan meneliti cadangan pemberian bantuan untuk golongan sasar berpendapatan rendah termasuk kadar dan mekanisme penyaluran bantuan bagi menangani kenaikan harga barang apabila penentuan harga maksimum ayam dan telur tamat pada 30 Jun nanti.

Katanya pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan terus meningkatkan penguatkuasaan setiap hari di seluruh negara untuk menentukan bekalan sentiasa stabil dan tiada pencatutan berlaku di pasaran.

“Kerajaan mengingatkan kepada komuniti peniaga supaya sentiasa beretika dalam menjalankan perniagaan dan tidak mencatut untuk mengaut keuntungan yang tidak munasabah,” katanya.

Kerajaan, kata Nanta, turut menyeru agar pengguna menggunakan kuasa beli mereka dalam membeli mengikut keperluan dan berbelanja secara berhemah.


sarawakvoice.com/2022/06/02
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.036845 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list