CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 531|Reply: 0

[Politik] Gagal menjadi PM, Anwar perlu cermin diri

[Copy link]
Post time 10-6-2022 10:30 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Bekas Peguam Negara, Tommy Thomas berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mencerminkan diri dan bertanya diri sendiri kenapa tidak dapat menjadi Perdana Menteri selama ini.

“Saya berasa sedih kerana beliau ingat boleh menjadi PM pada 1996/1997 dan saya berasa pemecatan beliau pada 1998 adalah kerana Dr. Mahathir Mohamad dan orang lain merasakan ancamannya. Oleh itu mereka menggunakan mahkamah untuk menghalangnya menjadi PM.

“Orang lain berasa sedih untuk Anwar, tetapi ini tidak bermakna Anwar boleh menjadi PM 24 tahun kemudian,” katanya dalam wawancara bersama China Press.
Walaupun berpendapat isu tidak dapat menjadi PM sebaik-baiknya dijawab sendiri oleh tuan punya badan, tetapi Tommy berpendapat Anwar harus renungkan diri.
“Beliau sudah terlepas peluang menjadi PM beberapa kali termasuk sebagai PM ketujuh dan kelapan.

“Saya tidak dapat menjawab kenapa beliau boleh terlepas peluang, tetapi saya berasa beliau perlu mencerminkan diri dan bertanya kenapa asyik terlepas peluang.

“Ya, ini adalah mengenai soal nombor. Tetapi, kenapa tidak mempunyai nombor yang mencukupi untuk menjadi PM?”

Sementara itu, Tommy berkata, kejayaan Barisan Nasional (BN) di Sabah, Melaka dan Johor adalah didorong beberapa sebab, termasuk pembangkang yang lemah.

Ditanya sama ada Pakatan Harapan (PH) harus menggunakan isu kleptokrasi dalam pilihan raya, Tommy berpendpat, isu rasuah harus terus dibangkitkan tetapi bukannya memfokus kepada kleptokrasi berkaitan dengan 1MDB.

https://malaysiagazette.com/2022/06/08/gagal-menjadi-pm-anwar-perlu-cermin-diri/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.037559 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list