CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1845|Reply: 17

[Dunia] Netflix Cari Peserta Untuk Main ‘Squid Game’ Secara ‘Real’, Tawar Hadiah RM20 Juta.Korang nak coba?

[Copy link]
Post time 15-6-2022 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 15-6-2022 06:12 PM


Netflix dipercayai sedang mencari peserta untuk menyertai rancangan realiti TV yang diinspirasikan dari siri popular Korea Selatan, Squid Game, lapor BBC.

Difahamkan, seramai 456 peserta dari seluruh dunia akan bermain permainan yang telah ditetapkan untuk merebut hadiah utama iaitu wang sebanyak AS$4.56 juta (RM20 juta).

Namun, individu yang tidak berjaya tidak akan ‘dihukum’ mati seperti di dalam drama tersebut, sebaliknya akan pulang dengan tangan kosong.

Platform penstriman popular itu memaklumkan bahawa rancangan 10 episod yang bertajuk ‘Squid Game: The Challenge’ itu bakal memaparkan jumlah peserta paling ramai dalam sejarah realiti TV.

“Peserta akan diuji melalui pelbagai permainan menarik yang diinspirasikan daripada drama Squid Game,” kata syarikat itu.

Untuk menyertai rancangan tersebut, peserta perlulah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.

Tidak cuma itu, peserta juga perlu berkelapangan dalam tempoh empat minggu bermula awal tahun 2023 untuk proses penggambaran.

Terdahulu, Netflix turut mengumumkan bahawa Squid Game musim kedua akan kembali menemui peminat dengan karakter utamanya, Gi-hun yang dilakonkan oleh Lee Jung-je dikekalkan.

Dalam pada itu, pengarah, penulis dan produser drama itu, Hwang Dong-Hyuk turut mengucapkan terima kasih kepada peminat di seluruh dunia yang terus menyokong drama tersebut.

“Squid Game musim pertama mengambil masa selama 12 tahun untuk diterbitkan tetapi ia hanya mengambil masa selama 12 hari untuk menjadi antara siri Netflix yang paling popular.

“Sertai kami sekali lagi untuk ‘pusingan’ yang baharu,” katanya.



Sumber: BBC

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2022 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Interesting. Harapnya hada wakil dari tanahair.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 06:14 PM | Show all posts
Pasti ramai yang mohon
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
So game tradisional apa yg diorg nak main ni nanti?
Batu seremban? Congkak? Konda kondi? Galah panjang?? tp semua versi ganas2 la siap peserta sume berbunuh bunuhan spt hempuk pihak lawan dgn mangkuk congkak
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
apa lagi Malaysian....RM20 juta kau...bukan senang nk cari RM1 juta mudah2...joinTTT laaa ramai2...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
maszlee tersenyum sinis

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2022 06:55 PM | Show all posts
apa kata suh warge porom cari masuk program ni,, dr kome2 pumpang sana sini habuk pun takde at least ni rm20juta... sapo nak bagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 07:04 PM | Show all posts
Namun, individu yang tidak berjaya tidak akan ‘dihukum’ mati seperti di dalam drama tersebut, sebaliknya akan pulang dengan tangan kosong.

so, tayangannya nanti ni bosan lah ya?







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2022 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalah kena tembak peluru hidup kerrr?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 08:11 PM | Show all posts
Ala2 Fear Factor ke sis? Di kala pre-inflation ni, mesti berbondong apply nak join kan? Standby stamina siap2.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Nakkkkkk…iols rela amik ctg sebln tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo meols masuk pasti first game dah kene tembak sempot tak larat nak lari
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 01:10 AM | Show all posts
Ala..sapa kalah tembakla tipu2. Kuar jalan sorong bag mcm budak af buat apa
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Katanya tak dihukum mati je…. Kot la ada kena potong tangan ke kaki ke buta mata ke eii serammm
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Hujung2x yg menang anak sedara tokey neflix... Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 07:22 AM | Show all posts
join je game ni mana tau ada yg bertuah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2022 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya squid game..ni lah satu2 nya drama korea yg den tgk sampai habis
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 03:16 PM | Show all posts
kenapa yang squid game season 1 amik masa 12 tahun ye untuk diterbitkan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.082285 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list