View: 715|Reply: 5
|
Transgender Nak Saman Pihak Berkuasa Sebab Dihantar Ke Penjara Lelaki
[Copy link]
|
|
Seorang transgender terkilan dan berasa seperti didiskriminasi selepas dimasukkan ke penjara lelaki.
Christina Lusk, 56, dihukum atas kesalahan dadah mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual serta dihina banduan lain di penjara Moose Lake di Minnesota, Amerika Syarikat (AS).
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/16/122520f65d7dp95y75j17n.jpg) Foto: Fox News
Lusk yang diiktiraf secara sah sebagai wanita dan bergelar transgender sejak 14 tahun lalu memohon agar dirinya dipindahkan ke penjara wanita berdekatan di Shakopee.
Jess Braverman, peguam untuk kumpulan Gender Justice yang mewakili Lusk bersama firma undang-undang Minneapolis Robins Kaplan turut mempersoalkan hukuman tersebut, lapor Daily Star.
"Dia seorang wanita, dan tiba-tiba dia ditempatkan di penjara lelaki.
"Dia berada dalam penjara yang terkunci dengan lelaki dan dia benar-benar terdedah kepada gangguan dan keganasan dalam suasana itu," ujar peguam tersebut.
Dalam aduannya, Lusk berkata dia pernah melakukan cubaan bunuh diri atas tekanan yang dialami suatu masa lalu.
Menurut tuntutan itu, tindakan meletakkan Lusk dalam penjara lelaki juga dianggap sebagai amalan yang melanggar hak asasi manusia.
Saman itu menuntut $50,000 (RM220,675) sebagai pampasan untuk Lusk dan "injunksi mandatori tetap" yang memerlukan Lusk diperlakukan sebagai wanita oleh sistem penjara negara.
Peguamnya juga menuntut dia disingkirkan dari penjara lelaki di tersebut.
Untuk rekod, hukumannya akan tamat pada 2024.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
seramnya lahai tiba2 dpt cellmate berupa pakcik2 pastu nak mengaku wanita.. |
|
|
|
|
|
|
|
Eh mana leh msuk penjara wanita..kang pacik ni mrngandungkan ank org kang dlm tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ankel ada penis. Mana boleh masuk penjara wanita.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah tu dia nk duduk mane? tepi pasu bunga in between male n female cell kah?
Dia tak layak masuk cell perempuan.. dah tu tak nak masuk cell lelaki. |
|
|
|
|
|
|
|
Muka pun dah makin lelaki apa nak segannya |
|
|
|
|
|
|
| |
|