Banjir kilat yang berlaku di sekitar Seremban baru-baru ini berpunca akibat kecuaian pemaju perumahan yang tidak menyediakan kolam takungan air ketika memajukan kawasan berkenaan.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/16/131248xzyiit3q2qffbfff.jpg) Foto: FB YAB Menteri Besar Negeri Sembilan
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, susulan itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta mengambil tindakan sewajarnya kepada pemaju terlibat.
"Banjir kilat yang berlaku pada tiga hari lepas berpunca daripada pemaju perumahan yang membuat kerja tanah.
"Mereka tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya digunakan seperti menyediakan kolam takungan air yang merupakan perkara wajib," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini pada Rabu.
Sumber: Bernama |