CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 323|Reply: 0

[Dunia] WHO siasat virus cacar monyet dalam air mani

[Copy link]
Post time 17-6-2022 10:06 AM | Show all posts |Read mode

Seorang juruteknik makmal mengendalikan sampel yang disyaki cacar monyet di Hospital La Paz di Madrid. - Getty Images

WHO siasat virus cacar monyet dalam air mani

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan sedang menyiasat sama ada wabak cacar monyet boleh menular secara seksual selepas virusnya dikesan dalam air mani pesakit, lapor akhbar New York Post semalam.

Menurut agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, pihaknya memandang serius penemuan tersebut oleh saintis di Itali dan Jerman.

“Ini mungkin sesuatu yang tidak pernah disedari berkenaan wabak cacar monyet sebelum ini.

“Kami perlu memberi tumpuan kepada cara penularan yang paling kerap berlaku dan apa yang jelas buat masa ini adalah virus cacar monyet dikaitkan dengan sentuhan kulit ke kulit,” kata  Pengurus Insiden Cacar Monyet WHO/Eropah, Catherine Smallwood.

WHO memberi amaran sejak beberapa minggu lalu bahawa penyebaran semasa yang membimbangkan ke berpuluh-puluh negara baharu adalah melibatkan lelaki yang melakukan hubungan seks sejenis.

Situasi tersebut dikesan dalam 99 peratus daripada 152 pesakit cacar monyet di England, demikian menurut Agensi Keselamatan Kesihatan Britain.

Britain mempunyai kes disahkan paling banyak  dengan sekurang-kurangnya 470 jangkitan.

Bagaimanapun, pengesanan air mani  pesakit cacar monyet di Itali dan Jerman meningkatkan kemungkinan bahawa wabak itu sebenarnya berjangkit secara seksual.

Ini termasuk sampel yang diuji di dalam makmal. Kajian itu mendapati  virus cacar monyet yang ditemui di dalam air mani  pesakit mampu menjangkiti orang lain.

Sebagai langkah berjaga-jaga, WHO menasihati pesakit cacar monyet supaya menggunakan kondom selama 12 minggu sekiranya melakukan hubungan intim selepas mereka pulih.

Pengarah Serantau WHO untuk Eropah, Hans Kluge juga menggesa penganjur festival terutama berkaitan golongan lesbian, gay, biseksual  dan transeksual (LGBT) untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyebaran cacar monyet.

Kluge memberi amaran bahawa percutian musim panas, penganjuran pesta LGBT (Pride), festival muzik dan perhimpunan besar-besaran lain adalah medium paling mudah untuk penularan wabak cacar monyhet.

Ini kerana golongan muda yang  aktif secara seksual dan sering bertukar pasangan pada acara tersebut. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... yet-dalam-air-mani/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.044117 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list