CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 428|Reply: 1

[Kelantan] Suri rumah, ibu tunggal jangan takut jadi petani

[Copy link]
Post time 18-6-2022 03:56 PM | Show all posts |Read mode

RINA Mohd. Harun (kiri) menyampaikan bakul makanan kepada salah seorang ibu tunggal di Rumah Tamu KADA, Kampung Nibong, Bachok, Kelantan.



BACHOK: Golongan wanita khususnya suri rumah dan ibu tunggal tidak perlu takut untuk ‘terjun’ ke dalam bidang pertanian yang dilihat mampu menjana pendapatan lumayan sekali gus mampu mengukuhkan ‘kantung’ kewangan keluarga pada masa hadapan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, bidang pertanian mempunyai potensi yang besar yang mampu menjana pendapatan lumayan sekiranya dijalankan dengan betul.

Menurutnya, sebagai permulaan pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi pelbagai projek pertanian yang mampu menjana pendapatan sehingga RM2,000 sebulan kepada golongan wanita.

“Sebagai permulaan, projek perintis tanaman hidroponik dan mikro hijau yang sedang diusahakan Kampung Nibong ketika ini sedang melatih 500 wanita untuk menceburi bidang pertanian.

“Projek yang sedang diusahakan kumpulan wanita di Kampung Nibong, di sini bersama Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) merupakan projek perintis bakal diperluaskan ke seluruh negara,” kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja Projek Tanaman Sayur Secara Hidroponik di Rumah Tamu KADA di sini hari ini.

Pada majlis yang sama, Rina turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 20 ibu tunggal dalam kalangan keluarga miskin tegar.

Rina memberitahu, menerusi perbincangan, penelitian dan pelaksanaan mengenai dengan MAFI itu pihaknya yakin  mampu memperkasakan wanita dalam bidang keusahawanan termasuk industri hiliran.

Katanya, program dan insentif serta latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan dan swasta perlu dikembangkan dengan penyertaan yang menyeluruh daripada golongan wanita.

“Peranan wanita dalam sektor pertanian moden dan komersial perlu dijadikan sebagai satu kerjaya pilihan yang mampu menjana pendapatan yang tinggi sekali gus membebaskan mereka dari kepompong kemiskinan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Rina berkata pihaknya telah melaksanakan pelbagai program pembangunan ekonomi dalam kalangan wanita.

Katanya, termasuk kerjasama lebih 20 kementerian dan agensi lain seperti Program Successful Women dan Program TemanNita bersama Tekun Nasional.

Sementara itu, Ketua peserta projek tanaman sayur secara hidroponik dan mikro hijau, Davina Henry Ungas ketika ditemui berkata, projek itu diusahakannya bersama penduduk kampung sepanjang negara dilanda penularan wabak Covid-19.- UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasion ... -takut-jadi-petani/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2022 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Artikel yang bagus..now sektor pertanian juga mampu memberi pendapatan yang lumayan jika diusaha kan secara serius
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.051886 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list