CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 373|Reply: 0

[Kelantan] Kongsi rezeki bukan untuk popular

[Copy link]
Post time 18-6-2022 05:08 PM | Show all posts |Read mode

.Abam Peah (berbaju biru) mengisi petrol pada motosikal salah seorang penunggang sebuah stesen minyak di Kuala Krai. FOTO HAZIRA AHMAD ZAIDI

Kuala Krai: "Saya mahu berkongsi rezeki yang diberikan Allah dengan mereka yang kurang berkemampuan," kata seorang ahli perniagaan yang dikenali Abam Peah.

Lelaki berusia 45 tahun itu menyumbang petrol RON95 secara percuma kepada lebih 1,000 penunggang motosikal di sekitar kawasan sini, hari ini.

Menurutnya, dia menguar-uarkan program itu menerusi Facebook (FB) dan kumpulan WhatsApp sejak empat hari lalu.

"Sumbangan ini bukan untuk mempopularkan diri tetapi hanya mahu berkongsi rezeki terutama mereka yang menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja.

"Program turut mendapat kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai yang turut menyampaikan risalah pencegahan jenayah serta memberi nasihat kepada penunggang motosikal mengenai keselamatan jalan raya," katanya ketika ditemui di sini.

Abam Peah berkata, pada mulanya dia mengagihkan 1,000 keping kupon kepada penunggang motosikal di bawah kelas 150cc, namun jika mendapat sambutan menggalakkan sebanyak 1,000 keping kupon lagi akan ditambah dengan perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM10,000.

"Sumbangan petrol secara percuma ini adalah kali kedua selepas ia diadakan enam tahun lalu.

"Insya-Allah jika ada rezeki dan kewangan yang mencukupi, program ini akan diadakan lagi," katanya.

Sementara itu, seorang penunggang motosikal Kamal Mamat, 50, berkata, dia tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapat petrol percuma dan datang ke stesen minyak di sini pada 10.30 pagi.

"Ini kali pertama saya dapat mengisi petrol secara percuma dan inisiatif ini amat baik untuk membantu meringankan beban golongan memerlukan ditambah pula dengan kenaikan kos bahan bakar," katanya.

Seorang lagi penunggang motosikal, Che Ibrahim Che Wan, 53, berkata, dia bersyukur kerana dapat mengisi minyak petrol secara percuma.

"Saya tidak mengetahui mengenai program ini dan saya memang berniat untuk singgah mengisi petrol.

"Kebetulan pula ada agihan petrol percuma, jadi saya terus beratur menunggu giliran. Syukur di atas rezeki ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bukan-untuk-popular
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.035162 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list