Seorang lelaki warga emas nekad membakar rumahnya sendiri berikutan perselisihan faham berkaitan rumah tangganya dalam kejadian di Kampung Kiukad Lotong, Tambunan malam tadi.
Tindakan lelaki berusia 62 tahun berkenaan turut memusnahkan sebuah kereta miliknya selain melecur 40 peratus pada badannya.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/18/183702nq8vr6o8vvr8szoo.jpg) Seorang lelaki warga emas nekad membakar rumahnya sendiri berikutan perselisihan faham berkaitan rumah tangga dalam kejadian di Kampung Kiukad Lotong, Tambunan malam tadi. - Foto: Ihsan Bomba
Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata, pihaknya menerima panggilan telefon dari orang awam pada pukul 10.36 malam sebelum memaklumkan kepada pihak bomba bagi operasi memadam kebakaran.
“Siasatan awal mendapati lelaki terbabit berselisih faham dengan isterinya sehingga sanggup membakar rumahnnya sendiri.
“Akibat daripada itu, badan mangsa melecur 40 peratus,” katanya.
Dalam pada itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, kebakaran membabitkan sebuah rumah dan sebuah kenderaan jenis Isuzu D Max.
Sumber: KOSMO! ONLINE |