View: 746|Reply: 6
|
[Tempatan]
‘Tak dapat A SPM pun, dapat suami’
[Copy link]
|
|
‘Tak dapat A SPM pun, dapat suami’
https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... pm-pun-dapat-suami/
Oleh KOSMO!
20 Jun 2022, 4:05 pm
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/06/WhatsApp-Image-2022-06-20-at-3.50.30-PM.jpeg)
Ramai mempersoal tindakan segelintir ibu bapa yang gemar membiarkan anak mereka kahwin di usia muda berbanding fokus pada pelajaran.
PETALING JAYA – Menjadi perdebatan pengguna media sosial sejak kelmarin berhubung kata-kata yang dikeluarkan seorang wanita mengenai kisah anak gadisnya yang berjaya mendapat pasangan hidup walaupun tidak memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Video yang dimuat naik di laman media sosial menerusi akaun@killamiezam05, kedengaran kata-kata seorang ibu yang masih berbangga dengan anaknya kerana bakal mempunyai suami tidak lama lagi meskipun gagal meraih sebarang A dalam subjek SPM.
“Orang lain SPM dapat sambung belajar, anak saya lepas SPM dapat suami.
“Walaupun tak dapat A, tapi yang penting dapat suami,” ujar wanita tersebut.
Sehubungan itu, pelbagai reaksi diberikan orang ramai dan ada juga yang berpendapat bahawa pelajaran itu perlu diutamakan ketika usia muda serta tidak terburu-buru untuk berkahwin awal.
“Belajar dulu, penuhkan ilmu, tak belajar ilmu sains di universiti, belajar ilmu uruskan rumah dengan baik dahulu, bukan hanya fikir untuk kahwin awal, umur 17 tahun ini budak lagi,” kata seorang pengguna.
“Orang muda sekarang memang lebih bangga gagal SPM daripada cemerlang SPM,” tegur Syakirin.
Sementara itu, setelah menerima pelbagai teguran serta kecaman ramai, gadis tersebut akhirnya bersuara dan memaklumkan bahawa dirinya sebenarnya belum lagi mengambil peperiksaan SPM, malah bakal mendudukinya pada tahun hadapan.
“Sebenarnya saya ambil SPM tahun depan, bukan macam netizen sangka, tapi saya sudah bertunang atas persetujuan kedua-dua keluarga, rancang kahwin tahun depan tapi belum ada tarikh,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalu dapat menantu bewak pun tak guna. Nanti atok nenek jgk yg keluar duit susu cucu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak justify kelebihan anak sendiri lah ni kan. Okay |
|
|
|
|
|
|
|
Research shows rasa bahagia di awang2an tu average 2 tahun je.
Macam dessert. You can decide to have it now or later - portionnya tetap sama.
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Makcik ni happy gila sebab anak dia buruk ke tetap laku..
Cam baru keluar gua, orang berpendidikan tinggi pun ramai berlaki... |
|
|
|
|
|
|
| |
|