CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 770|Reply: 8

[Tempatan] Pegawai kanan polis dan koperal didakwa seludup 119 migran dari Myanmar

[Copy link]
Post time 20-6-2022 04:46 PM | Show all posts |Read mode
Pegawai kanan polis, koperal didakwa seludup 119 migran dari Myanmar

https://www.utusan.com.my/nasion ... igran-dari-myanmar/

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
20 Jun 2022, 4:25 pm


LIMA individu termasuk pegawai dan anggota polis dibawa ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyeludup migran pada Mei lalu di Kompleks Mahkamah Alor Setar. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR: Seorang pegawai kanan polis dan anggota berpangkat koperal yang bertugas di E6 Cawangan Khas antara lima individu didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini kerana menyeludup 119 migran pada Mei lalu.

Tertuduh, Asisten Superintenden Mohamad Faizal Ahmad Zaki, 37, dan Koperal Mohd. Razin Razali, 32, hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Zaihan Mohamad Ali.

Tiga lagi tertuduh yang didakwa berasingan ialah Anas Hafizin Ahmad, 37, yang juga polis bantuan sebuah agensi kerajaan dan Muhamad Aslam Osman, 29, serta Ibrahim Dahamid, 38, yang masing-masing bekerja sendiri dan nelayan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menyeludup 119 migran warga Myanmar di kedudukan kira-kira 1.9 batu nautika dengan daratan Kuala Kedah, Kota Setar, di sini kira-kira pukul 9.30 malam, 24 Mei lalu.

Mohamad Faizal dan Mohd. Razin dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26B(d) Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua mereka berdepan hukuman penjara seumur hidup atau minimum lima tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Tiga lagi tertuduh yang berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 26A akta sama boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan boleh didenda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Kedah, Zahruddin Mohammed Isa serta Timbalan Pendakwa Raya, Nor Syaliati Mohd. Sobri dan Nur Syifa Mohd. Hamzah, manakala peguam Ravi Shankar Gandhi mewakili Mohd. Razin sementara tertuduh lain tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan ditawarkan bagi kesalahan tersebut dan mahkamah menetapkan 4 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Pada 24 Mei lalu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot nelayan dinaiki empat warga tempatan disyaki tekong dan 119 warga Myanmar di perairan Kuala Kedah, di sini.

Polis juga masih lagi meneruskan siasatan bagi mengesan, menangkap dan membawa saki baki ahli kumpulan ini ke muka pengadilan. – UTUSAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2022 04:49 PM | Show all posts
apa iols baca ni mohon hukum tembak mati 2 polis ni sbb jadi pengkhianat negara
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 05:40 PM | Show all posts
senyum aje polis2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku selalu baca kes jenayah di Mexico...semuanya terjadi membarah bila berlaku korupsi dan salah guna kuasa dikalangan polis dan pihak yg menjalankan undang2..

Bnyk sgt kes bunuh dikalangan gadis. boleh dikatakan setiap hari...dan bahaya sama mcm kes di India yg mana pembunuhan, rogol, penculikan berlaku termasuk dilakukan oleh dalangnya juga dari pihak2 yg sepatutnya melindungi masyarakat..

Tengokla di Malaysia...dah mula jd mcm.x de rasa bersalah pihak2 polis dan pemimpin yg melakukan jenayah pada masyarakat dan merosakkan negara
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Cam biasa la kan
Yg bangsat2 ni la sebenarnya duri dlm daging
Terus la lucutkan je jawatan sesekor dan kensel pencen segala
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 07:49 AM | Show all posts
no wonder la baka longhingya membiak2

suku sakat depa kat sini duk gigih seludup masuk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2022 09:31 AM | Show all posts
melayu jugak punca ramai pendatang haram di malaysia...jenayah semakin tak terkawal
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2022 09:46 AM | Show all posts
Tanpa rasa bersalah... dapat duit tepi semua kelabu mata

Segelintir yg mcm ni. Kesian pada yg mmg jaga amanah pertahankan keselamatan negara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.046188 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list