View: 1208|Reply: 13
|
Gaduh Sebab Perniagaan, Remaja Diserang Sampai Berdarah Kepala Guna Kunci Kereta Di Pantai Merdeka
[Copy link]
|
|
Sungai Petani: Tidak berpuas hati berhubung isu perniagaan, seorang remaja perempuan diserang seorang wanita bersenjatakan kunci kereta dalam kejadian berhampiran gerai mainan di Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda, dekat sini .
Kejadian jam 6.22 petang itu menyebabkan mangsa berusia 18 tahun dan tidak bekerja itu cedera di kening kanan dipercayai akibat ditikam kunci kereta.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan mendapati ketika kejadian mangsa berada di gerai kakaknya sebelum diserang suspek.
 Foto: Tiktok
"Berlaku pertengkaran dan pergelutan antara mereka berdua sebelum dileraikan orang ramai.
"Susulan itu, mangsa yang mengalami kecederaan di kening akibat terkena kunci kereta membuat laporan polis berhubung kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, suspek yang berusia 29 tahun dan bekerja sebagai operator kilang ditahan untuk siasatan lanjut.
"Setakat ini, siasatan awal mendapati punca kejadian dikatakan berlaku kerana suspek tidak berpuas hati dengan keluarga mangsa berhubung perniagaan.
"Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan dan mangsa sudah mendapatkan rawatan di hospital," katanya.
Terdahulu, rakaman video berhubung insiden itu yang memaparkan kejadian dua wanita berkenaan masing-masing berbaju putih dan hitam bergelut sebelum dileraikan seorang lelaki tular di media sosial.
Dalam rakaman itu, kelihatan kening mangsa yang berbaju putih berlumuran darah dipercayai akibat terkena kunci kereta ketika bergelut dengan suspek berbaju hitam.-CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Ni berniaga product timbang kilo ke? |
|
|
|
|
|
|
|
elok diharamkan jer yg niaga tepi pantai ni..semak betol. Nak berjalan pun susah, lom yg nyanyi sampaikan nak dgr bunyi ombak pun tak boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah bagi niaga pun bergaduh |
|
|
|
|
|
|
|
birah apa ni sampai mencederakan orang |
|
|
|
|
|
|
|
cam simbolik good vs evil kan, sorang pakai baju hitam sorang baju putih |
|
|
|
|
|
|
|
tak, yg org keliling tu tgk je ke sampai sempat kena cucuk dgn kunci kereta tu, mujur tak kena mata, kena mata naya je |
|
|
|
|
|
|
|
Punya nak cepat buat content, sampai # pun jadi pandaimerdeka.
Kemudian ada pulak video tiktok yg lain Yang jawab persoalan "tak ada org tolong".
Lucu sungguh dunia media social sekarang ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
oh ni la yg aku bukak tiktok sana sini kecoh pasal pantai merdeka |
|
|
|
|
|
|
|
Peniaga melayu sama melayu selalu jadi macam ni. Tak lama dulu pun ada satu kes lebih kurang macam ni dilapurkan pasal sama2 niaga air. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 21-6-2022 01:42 PM
jijahmomon replied at 21-6-2022 12:17 PM
elok diharamkan jer yg niaga tepi pantai ni..semak betol. Nak berjalan pun susah, lom yg nyanyi samp ...
wow!...tingginya nada suara dia...nyanyi....lagu...'Cinta kita di Pantai Merdeka'... |
|
|
|
|
|
|
|
yang paling penting timbalan mb sskjp tersenyum lega pasal news bukan pasal negeri dia
 |
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 21-6-2022 01:04 PM
Peniaga melayu sama melayu selalu jadi macam ni. Tak lama dulu pun ada satu kes lebih kurang macam ...
apabila... meniaga...'me-too product'..... |
|
|
|
|
|
|
|
Kes dengki ke apa nie?? biasaa dengar kes berebut tempat niaga. xpon kes dengki tengok peniaga tu lagi ramai customer dr diaa. well sometime dengki n mulayuu xdapat dipisahkan  |
|
|
|
|
|
|
| |
|