CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1177|Reply: 13

[Tempatan] Pemandu Alphard lagak samseng, ludah kenderaan lain berdepan tiga pertuduhan

[Copy link]
Post time 21-6-2022 06:20 PM | Show all posts |Read mode
Pemandu Alphard lagak samseng, ludah kenderaan lain berdepan tiga pertuduhan

https://www.utusan.com.my/nasion ... an-tiga-pertuduhan/

Oleh ZAREEN HUMAIRAH SEJAHAN
21 Jun 2022, 4:57 pm


LIM Koh Cing yang tular memandu secara berbahaya didakwa di Mahkamah Majistret Selayang. - UTUSAN/MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

KUALA LUMPUR: Pemandu Toyota Alphard yang dirakam berlagak samseng, menggunakan laluan kecemasan dan meludah ke arah kenderaan lain di Lebuhraya Karak pada April lalu dihadapkan dengan tiga pertuduhan di Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini.

Tertuduh, Lim Koh Cing, 44, didakwa memandu sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard secara melulu dan berbahaya kepada orang awam dan pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pertuduhan itu memperuntukkan penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000, jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa atas pertuduhan meludah ke arah kenderaan lain melalui tingkap pemandu dan dituduh mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM400.

Bagi pertuduhan ketiga, Koh Cing didakwa memandu di laluan kecemasan dan dituduh mengikut Kaedah 53(1) Lalulintas 1959 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan, jika sabit kesalahan.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan pada pukul 3.40 petang, 30 April yang lalu di Lebuhraya Karak arah Bentong, Gombak.

Selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni, Koh Cing mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan membabitkan dakwaan memandu secara meululu dan memandu di laluan kecemasan.

Lelaki itu bagaimanapun mengaku bersalah bagi pertuduhan meludah dan didenda maksimum RM400.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Anis Farhah Ahmad Hilmi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bagi pertuduhan pertama dan ketiga, Anis Farhah mencadangkan ikat jamin sebanyak RM7,000 dikenakan ke atas tertuduh namun Koh Cing merayu supaya jumlah itu dikurangkan kerana dia perlu menyara keluarganya.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu.

Koh Cing ditahan reman selama tiga hari bermula 2 Mei 2022 untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lelaki itu sebelum ini ditahan di pekarangan Bahagian Siasatan dan Perundangan Trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak. – UTUSAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2022 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Oo ni yg acah samseng sangat tu. Padan muka kau
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru bw lepat dah belagak
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 08:12 AM | Show all posts
belum kena buku dgn ruas

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 09:02 AM | Show all posts
ade video tak time kejadian?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 09:54 AM | Show all posts
zaman most car ada dash cam tak yah la nak acah samseng..
dulu boleh la play victim takde bukti..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2022 11:15 AM | Show all posts

kamu mampu bawa alphard?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 11:28 AM | Show all posts
Bawa alphard tp jamin 7k pun tak mampu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
saviour_09 replied at 22-6-2022 08:12 AM
belum kena buku dgn ruas

Ini baru buku bertemu ruam lampin

@kakikuDibibirmu
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Denda sekarang nih takyah atau2 dah. Suruh je bayar denda dan masuk jel, baru dorang serik. Pastu takyah nak acah semikin sara keluarga bagai, dah buat salah tanggunglah
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyaknya tuduhan akhirnya didenda sebanyak 50sen!
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 11:41 AM | Show all posts
Mendapat sudah bawa peti ais pun dah kecoh
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
trisnalovezul replied at 22-6-2022 11:15 AM
kamu mampu bawa alphard?

Semestinya!
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka. Berlagak la sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.068747 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list