CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 336|Reply: 0

[Kelantan] Kes HFMD meningkat di Kelantan

[Copy link]
Post time 22-6-2022 10:02 AM | Show all posts |Read mode

KOTA BHARU: Jumlah kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Kelantan meningkat kepada 522 kes dalam tempoh 10 hari sehingga Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin, berkata berbanding minggu lalu jumlah yang dicatatkan sebanyak 372 kes.

Katanya, kes pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-24 itu menunjukkan daerah Kota Bharu mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu 203 kes, diikuti Pasir Puteh (55 kes), Pasir Mas (52 kes), Machang (51 kes), Kuala Krai (40 kes), Bachok (42 kes), Tumpat (28 kes), Gua Musang (25 kes), Jeli (15 kes) dan Tanah Merah (14 kes).

"Hanya empat daerah masih berada dalam zon merah iaitu Kota Bharu, Pasir Puteh, Pasir Mas dan Machang.


"Kanak-kanak berusia antara satu hingga empat tahun paling ramai dijangkiti HFMD iaitu sebanyak 68.3 peratus, lima hingga enam tahun (14.1 peratus), tujuh hingga 12 tahun (8.4 peratus), remaja berusia 13 hingga 17 tahun (7.9 peratus) dan 18 tahun ke atas (0.8 peratus)," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dr Zaini berkata, hanya seorang kanak-kanak yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital.

"Walaupun jangkitan tidak teruk, semua pihak terutama ibu bapa, penjaga dan pihak taska atau tadika dinasihatkan terus mengambil langkah menjaga kebersihan bagi mengelakkan penularan jangkitan HFMD.

"Kita akan terus membuat pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan kes jangkitan menurun," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ningkat-di-kelantan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.037379 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list