
BELAGA: Seorang lelaki dilaporkan hilang dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Ulu Naha Nyabong Bakun, di sini, hari ini.
Mangsa dikenal pasti sebagai Heli Nyalong, 36, dari Block P, Uma Bakah, Sungai Asap Belaga.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memberitahu, laporan kehilangan mangsa dibuat oleh rakan-rakannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Belaga sebelum operasi SAR dilancarkan.
“Susulan itu, pasukan Bomba telah bergerak ke Empangan Bakun pada jam 8.30 pagi tadi. Sebelum memulakan operasi, kita berkumpul bersama agensi lain di Jeti Bakun kerana jarak lokasi mangsa disyaki jatuh, kira-kira empat jam menggunakan bot ,” katanya dalam satu kenyataan.
Operasi SAR turut disertai Polis, Angkatan Pertahanan Awam, Lembaga Sungai -Sungai Sarawak dan lebih 40 orang penduduk kampung.
Pasukan bomba memulakan operasi mencari dan menyelamat mangsa.
sarawakvoice.com/2022/06/22 |